Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday 12 May 2013

singkat tapi bermakna :)

hai hai, assalamualaikum :) entry ekin kali nie nak cerita pengalaman bersama adek-adek STPM yang sangat awesome ! untuk pengetahuan korang, pada 10 & 11 mei yang lepas, KELAB EKONOMI telah menganjurkan program bersama pelajar-pelajar STPM dari SMK PEKAN BARU, MUAR. adek-adek ini terdiri dari pelajar tingkatan 6 atas :) mereka terdiri daripada 32 orang pelajar dari jurusan ekonomi, kami sebagai penganjur telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik, tips menjawab STPM serta mempromosikan UKM kepada adek-adek tersebut.

untuk program ni, ekin menjadi SETIAUSAHA dan juga FASILITATOR kepada adek adek nie, ekin fasi untuk GROUP 2 bersama dengan ABG ISMAIL FARUQI, kumpulan kami terdiri dari adek-adek yang sporting dan banyak cakap, potpetpotpet macam ekin, so kami semua sangat serasi bersama :) mereka ialah ALIF, EZUT, AZAH, IZAH, AIN & WAHYU ! kami telah menggelar kami KUMPULAN MERAH-MERAH DELIMA, disebabkan banyak diantara kami yang sukakan MERAH termasuklah ekin. mereka semua  memanggil ekin kakak disebabkan ekin tak mengaku ekin 20  tahun, kalau mengaku jangan  harap la diorang nak panggil ekin kakak -_- sebab mereka kata muka & perangai ekin macam budak-budak, huhu.


pada hari pertama bersama mereka, ekin bertugas untuk menguruskan pendaftaran serta penginapan mereka. disebabkan mereka menginap di KOLEJ KERIS MAS dan bersebelahan dengan blok ekin, jadi ekin telah diberi tugas untuk menjaga mereka jika ada kes-kes emergency. tapi Alhamdulillah tiada ape-ape kes yang berlaku. hari pertama bersama mereka, kami hanya mengadakan sesi ice breaking serta LDK. disini kami ingin memupuk semangat berkumpulan, mempertingkat keyakinan diri ketika berhujah, menghormati orang lain. berusaha keras, dan berdisiplin :) sesi ini sangat menghiburkan.


tapi sayangg, pada hari kedua, ekin hanya dapat bersama mereka setengah hari sahaja, disebabkan abang yang tak sabar-sabar nak amek ekin, family dah rindu sangat la tu ^_^ sebelum ekin balik, ekin berucap di hadapan adek-adek untuk mintak maaf & wish GOOD LUCK untuk exam mereka next week, time tu jugak ekin telah membuat satu GROUP di FB untuk kami semua bergosip bersama.  UKM vs PEKAN BARU.


selepas selesai membuat dan add ahli dalam group nie, kami tangkap gambar bersama, selepas tuh semua adek-adek yang perempuan salam, peluk dan laga-laga pipi dengan ekin, haha, so sweet :) sambil-sambil tuh adek-adek yang lain semua nyanyikan lagu yang sedih untuk ekin, sebab tak dapat jumpe mereka dah, sebak plus terharu pulak ekin rase :/ 



pertemuan yang singkat tapi cukup untuk dijadikan kenangan indah bersama, malam terakhir mereka di sini, salah seorang dari mereka telah mesej ekin panjang cgt yang menyatakan mereka dah rindu ekin dan sedih ekin tak join sampai abes, adek adek sori, akak pon rindu adek-adek jugak ! ade jodoh kita jumpa lagi, GOOD LUCK STPM <3





No comments:

Post a Comment