Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Thursday 6 March 2014

MOHON BANTUAN KALIAN :)

hai hai assalamualaikum :)
entry kali nie straight to the point, ekin ada join satu pertandingan 'PERTANDINGAN FOTO POPULAR TG2KM' senang cerita kalau nak menang hadiah misteri nie kene dapatkan like terbanyak :) mohon kalian semua like gambar saya di sini :) jasa baik kalian sangat-sangat dihargai, terima kasih berjuta juta juta kali ;)


TERIMA KASIH 'LIKE' ;)

Wednesday 4 December 2013

Harapan Selalu Ada

3 Disember 2013
Ummah Talk
Izzat Fathi, finalis Pencetus Ummah


Manusia? takkan pernah lari dari melakukan dosa, tidak kira siapapun kita, kita tetap pendosa tanpa henti, yaa PENDOSA ! tapi jangan risau, jangan khuatir selagi matahari tidak terbit disebelah barat, selagi nyawa tidak dihujung tanduk, insyaAllah, yakinlah pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita.

Sebagai contoh, siapa tidak kenal dengan Saidina Umar yang begitu kuat fizikalnya, dia pernah membunuh anaknya sendiri yang merupakan satu dosa besar, banyak kejahatan yang beliau lakukan tetapi hanya dengan lima ayat suci Al-Quran beliau telah insaf dan bertaubat. Akhirnya, beliau merupakah antara 10 orang yang dijanjikan syurga oleh Allah, haa nampak tak, walaupun sebesar mana dosa kita yang terdahulu, Allah SWT tetap mengampunkan dosa-dosa kita dengan syarat kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Bagaimana nak taubat? tidak semestinya dengan solat sunat taubat sahaja, istigfar juga merupakan asas untuk kita bertaubat terutama bagi wanita yang sedang bercuti, istigfarlah sebanyak mungkin, insyaAllah istigfar boleh menghapus dosa-dosa. solat taubat mahupun solat sunat yang lain? jangan hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja, macam bulan lain tak payah beribadah pula, lakukan lah seteruk-teruknya sekali seminggu. insyaAllah kita mampu, menangis laa semasa solat itu walaupun secara paksa, kerana lama kelamaan ia akan menjadi ikhlas.

Bagaimana nak berubah selepas taubat? yaa tidak ramai yang mendapat hidayah, beruntunglah anda jika mendapat hidayah untuk berubah kearah yang lebih baik. Terdapat tiga langkah yang mungkin kita boleh praktikkan.

1. Set matlamat yang jelas. pilihlah jalan yang diredhainya dan niat untuk berubah hanya keranaNya. bukan kerana manusia, bukan kerana cinta & bukan juga kerana terpaksa. Ikhlaskan perubahan insyaAllah berkekalan.

2. Bersedia untuk ditegur & minta untuk ditegur. Dalam melakukan penghijrahan, mungkin ramai akan menegur kita jika kita melakukan kesilapan, dengar nasihat dengan rela hati, kerana kita hanya manusia, tidak semua perkara kita tahu, tidak semua perkara yang kita lakukan adalah benar. kadang-kadang pada pandangan kita apa yang kita lakukan sedah betul tapi pada hakikatnya tidak. itulah pentingnya ditegur. jangan mudah melatah apabila ditegur.

3. Istiqamah. ramai yang terkandas disini, saya akui saya juga mungkin merasainya, tapi kita manusia, iman turun naik, itulah pentingnya santapan rohani, suasana yang bersesuaian, insyaAllah kita mampu untuk terus istiqamah. Sentiasa muhasabah diri, rasakan diri ini lebih teruk dari orang lain, insyaAllah kita akan cuba perbaiki diri kita dari hari ke hari.


Sunday 24 November 2013

ekin kembali ;)

Assalamualaikum :)
dah terlampau lama tak tulis blog nie, macam dah tak reti je, macam dah takde entry je.
selama nie ekin menghilang tak ke mana pun, cuma mencari siapa diri ini & identiti yang diredhaiNYA :)

ALHAMDULILLAH
hanya itu yang mampu ekin ucapkan, hidup terasa semakin aman, indah, damai, tenteram, bahagia, damai dari ekin yang dulu setelah melakukan penghijrahan yang kecil ini, insyaAllah akan terus berhijrah kearah yang lebih baik, bukan hanya zahir sahaja tetapi yang didalam lebih utama, amin ya Rabb :) doakan ekin

sekarang ekin sedang berjinak-jinak dengan majlis ilmu, Alhamdulillah terlalu banyak majlis ilmu di sekitar kawasan UKM, Bandar Baru Bangi, Kajang & Putrajaya. selagi kuat kaki ini melangkah, selagi tiada halangan yang datang, insyaAllah akan muncul lah ekin ke majlis-majlis ilmu yang banyak menguatkan rohani ini, yaa betul ! dalam sebok kita mengejar duniawi, jangan kita lupa untuk mencari bekalan mahupun ilmu untuk kita menghadapNya kelak.

didalam penghijrahan dari ekin yang dulu ke ekin yang sekarang, Alhamdulillah banyak pertolongan yang ekin dapat, ekin yakin itu pertolongan dariNya yang disampaikan melalui hamba-hamba Allah yang sama-sama mahu berhijrah. tidak dinafikan, terdapat juga banyak rintangan yang ekin terpaksa tempuh, tapi kene kuat, demi sebuah PENGHIJRAHAN !

insyaAllah akan kembali menulis blog.
cabaran yang ditempuh, pengalaman sepanjang permulaan melangkah serta motivasi berguna disamping kisah-kisah merepek ;) nantikan *macam laa follower wujud lagi, HAHA