Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday 19 May 2013

sesi pembentangan i

hai hai, assalamualaikum semua ^_^
pada 9 mei 2013 yang lepas, kelas APLIKASI KOMPUTER mengadakan sesi perbentangan MICROSOFT POWERPOINT yang pertama, tapi hari ini hari YANG PALING MALANG buat group ekin, huhu. kelas bermula pada pukul 8.00 pagi, tapi sir sengaja melambatkan dirinya untuk memberi peluang kepada kami, tapi ade jugak yang datang lambat ! sabar je laaaa. dah laa ade yang datang lambat, kami yang dah ade kat dalam lab pulak, tade sorang pon yang pergi transfer slide dan video pembetangan ke komputer hadapan, sori sir ! melambatkan lagi keadaan.

selepas tamat sesi transfer slide & video, sir pon cabut undi untuk menentukan group mane untuk present dulu, ALHAMDULILLAH bukan group ekin, tangan ekin dah sejuk, maybe nervous sikit kot, group yang kene present ialah group 12 (group fatin mahizan) mereka membawa tajuk 'PANTANG LARANG'. sangat menarik, persediaan mereka untuk pembetangan hari ini sangat memuaskan, mereka membentangkan pantang larang bagi setiap kaum di Malaysia iaitu melayu, cina dan india. kami mendapat pengetahuan baru disini. tahniah GROUP 12, anda dah buat yang terbaik :) tapi masa untuk tayangkan video mereka, speaker tak berfungsi, ekin dah tak senang duduk, macam mane kalau group ekin kena present nanti, dah laa video kami fully suara, kalau takde suara baek takya tunjuk !

selepas tamat presentation GROUP 12 dengan video tanpa suaranya, sir cabut cabutan kedua, haaaa GROUP 2? group ekin tu, kami satu group yang terdiri daripada EKIN, MIRA, ZATY & HARIS, melangkah kehadapan. selepas memberi salam dan memperkenalkan diri, kami membuka video yang telah kami buat, tapi sayangggggggg, takde suare ! ekin dah rasa sedih dah time nie, penat je ekin buat kalau macam nie :( tetibe sir kate STOP ! haaa kenapa kenapa? then sir suruh budak-budak laki kelas ekin pergi betulkan speaker, take time jugak laaa, still tak boleh, dan akhirnya sir sekali join betulkan speaker. lame sangat! lepas tuh sir suruh 3 orang budak laki balik bilik mereka untuk amek speaker mereka datang lab. selepas mereka sampai, sir bagi kami semua pergi keluar dan rehat 5 minit. time ni jugak laa, wallet si naem nak hilang, tertinggal dalam toilet, kecohhh dah kelas kami.

selepas 5 minit, kami semua dibenarkan masuk kelas, yeahhhh speaker dah elok, GROUP 12 dapat tayang video mereka dengan suara yang jelas, baru laa best :) selepas itu GROUP ekin kembali present, baru je nak tayang video, ade manusia hantar wallet naem, tak tao sape, tapi tapi ! naem dengan ammar pulak dah hilang dari kelas, pergi cari wallet, dah laa dua-dua tak bawak handphone, tinggal dalam beg, so presentation group ekin terhenti lagi sekali sebab sir nak pergi cari naem & ammar, huhu. LAGI SEKALI ! selepas dah jumpa naem dan ammar, kami start balik presentation, nak tayang video je, tetiba ade virus, video ekin sangkut-sangkut, berhenti present lagi! aihhhhh sape la pembawa virus nie :(

akhirnya, setelah semua masalah yang ade selesai, group ekin dapat present dengan aman, tenteram dan damai sehingga habis. ALHAMDULILLAH :) group ekin membawa tajuk 'KASUT'. tapi kesian sir, dalam sejarah, dalam masa 3 jam, hanya 2 group dapat present, KAMI MINTA MAAF sir !



nie video group ekin, ALHAMDULILLAH hasil usaha yang cukup tinggi, video group ekin antara top 3 :)






No comments:

Post a Comment