Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Tuesday, 7 May 2013

seharian bersama

 hai hai, assalamualaikum semua ^_^
entry ekin kali ni nak ceritakan seharian ekin keluar bersantai untuk menghilangkan tension assignment dan program-program yang bakal berlangsung tidak lama lagi. kebetulan ada yang mengajak, ekin pulak memang takde plan cuti weekend lepas, jadi on je laa :) seharian bersama ^_^ ke pelbagai destinasi yang belum pernah dijejaki sebelum ini.

PESTA BUKU di PWTC, KL > BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR > CENDOL BAKAR > SUBANG PARADE > UKM

seawal jam 8.30 pagi kami telah keluar ke PWTC untuk pergi menghabiskan baucar buku 1 Malaysia, keluar awal sebab takot KL sesak, tapi sampai je PWTC dalam pukul 9.10 pagi, memang dah ramai pun orang, parking kereta pun dah penuh, ahhhhh tak suke suasana yang crowded macam tu, dah laa memang tak berapa sihat :( setelah menghabiskan semua baucar buku di Gempak starz, Ujang, novel, buku ilmiah dan macam-macam buku lagi. (bukan baucar ekin pon)


seterusnya, kami bertolak ke BUKIT MALAWATI yang terletak di Kuala Selangor, jauh jugak nak pergi sana, dalam sejam lebih jugak laa, kami sampai ketika azan zohor berkumandang, setelah selesai menunaikan solat zohor, kami pon pergi menaiki bukit malawati dengan menaiki keretaapi (yang macam kat zoo) tak tahu name dia ape -_- bayaran masuk untuk dewasa ialah RM5 seorang. tapi kat atas tu cuma ade muzium dan macam tempat-tempat bersejarah je. orang-orang yang suka tentang sejarah, boleh laa datang ke sini, ekin suka sikit-sikit je -_- tapi pemandangan dekat atas bukit tu sangat cantik, boleh nampak laut lagi tao, so romantik ^_^ ade monyet-monyet berkeliaran disini, ramai pengunjung bagi makanan kepada mereka. ekin? grrrr tak berani !


tiket masuk RM 5.00
alang-alang dah sampai Kuala Selangor, kami pun singgah la di Gerai CENDOL BAKAR, yang terletak di  tepi jalan utama sahaja, gerai ni agak terkenal jugak laa dan ramai yang singgah minum dan menjamu selera di sini, pelbagai makanan juga turut dijual, haa jangan pandang remeh tao, gerai ni ade drive thru, ala-ala mcd gitu ! ekin try makan CENDOL VVIP , nyumnyum sedap :) setelah selesai menjamu selera, kami bertolak ke Subang Parade, setelah penat merayau-rayau, kami kembali ke UKM dengan selamatnya. babai :)




1 comment:

  1. pesta buku .
    ambuiiii cendoll sedappp nya ^^,

    ReplyDelete