Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday 26 May 2013

prank untukmu

hai hai, assalamualaikum, semalam merupakan hari yang paling indah buat ekin dan cinta hati ekin di UKM ( EXCO KELAB EKONOMI ). setelah lame kami sebagai adik adik junior nie rancang, akhirnya semalam berjaya jugak kenekan PRESIDEN kesayangan kami yang hensem + sporting + caring + loving :) beliau ialah abang ISMAIL FARUQI, tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak kelab yang ekin penah join, inilah satu satunya kelab yang ekin tersangat sangat sayangg, ukhwah antara kami terlalu erat, loveyouallsoooomuchhhh <3

22 may 2013 merupakan birthday abg mail yang ke 21, kami adik adik junior merancang nak celebrate birthday dia :) kami ajak semua exco kelab pergi ke I-CITY Shah Alam dengan alasan untuk mengadakan MAJLIS MAKAN MALAM KELAB, jauhh kan :D disebabkan malam tu ade meeting AGM antara MT kelab & PMFEP, jadi ade antara kami yang terpakse datang ke ICT lewat, dalam pukul sebelas malam, semua exco telah berkumpul di I-CITY, ade la 2 3 4 orang yang dah lapar sangat, perut dah kriukk kriukkk, so terpaksa laa lepak restauran untuk makan, (padahal dalam kereta ain punye la banyak makanan untuk celebrate birthday abg mail = BURGER BAKAR, PIZZA HUT, KEK COKLAT ) kami lepak di restauran tu agak lame sehingga la detik jam 12 malam, jengjeng BIRTHDAY ABG MAIL. najah memberi isyarat, dan kami pon menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY' orang-orang lain dalam restoran pon join sekali, kelakar betul :D selepas tu kami buat macam bese, makan lollypop beramai-ramai sambil tangkap gambar dengan birthday boy, (buat-buat macam tade prank, haha) lepas puas jalan-jalan dan tangkap gambar dekat I-CITY yang penuh dengan lampu tu, kami pon bertolak pulanggg :) haaaaaa, maka disinilah bermulanya drama kami, hewhew



4 kereta bergerak sekali, yang pasti kereta pelakon utama mestilah kat depan kan :) cer teka sape pelakon utama? haha, mestilah saudari EYKIN AZMY, ehhh sape tuh sape tuh, saye laaaaa :P setelah bergerak dalam 3km, kereta yang dinaiki oleh dalang-dalang utama iaitu ekin dan najah berhenti secara tibe-tibe di tepi jalan, belum sempat berhenti pon, ekin dah bukak pintu, keluar dari kereta dan berlari ke longkang, nak muntah sangat-sangat, dengan keadaan tudung yang teramat selekeh dan dalam keadaan merangkak, ekin berpura-pura nak muntah, REAL NAMPAK MACAM SAKIT ? kot laaa, mane ekin tao, najah dan aya pon datang usap-usap belakang ekin, waktu nie 4 4 buah kereta dah berhenti, semua dah keluar dari kereta dan kerumun ekin, nampak sangat diorang risau, HAHA *gelak jahat ! waktu tu ekin dengar ade yang kelam kabut nak cari air mineral bagi ekin minum, abg mail pulak dah macam blur sangat, nak tolong tak boleh, ekin pempuan dia laki, so dia tengok kat sebelah je, abg wafiey pulak keluar ayat cani

*tu laa, tadi ekin tu maen kucing, dah tao tak tahan dengan bulu kucing, pergi main jugak, tadi aku nampak dia dah tak oke !

tapi memang betul pun, ekin tak oke waktu kat I-CITY sebab bulu kucing :( semua duk mengadap ekin, kasi ekin minum, usap-usap belakang ekin, waktu nie, syida rahim dah bersedia dengan sekampit tepung, dan dia curah kat kepala abg mail, hahaha *tao laa ko tinggi, abg mail rendah syida oi, HAHA, waktu nie abang mail dah menjerit, KORANGGGGG ! kitorang semua nyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY lagi sekali, sambil keluarkan kek dalam kereta, ohhh so sweet :) lepas tu, mulalah sesi baling baling tepungg, abes ekin kene kejar dengan abang mail, dan dapatlah balasan, buat drama sangat kan,  MANDI TEPUNG :D


abes je drama nie, kami masuk kereta dan cari tempat yang sesuai untuk makan ^_^ terima kaseh korang, korang selalu buat ekin tersenyum, kegilaan korang membuatkan perangai ekin makin gila, boley lupa segala duka dan stress ketika bersama koranggg. TAKNAK BERPISAH dengan koranggg ! hujung sem dah :(

sampai UKM hampir pukul 3.30 pagi, esoknye ade discussion pepagi buta, mate pon macam panda but komitmen dalam menjalankan tugas lebih penting dari tidur :)

No comments:

Post a Comment