Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Saturday 22 June 2013

berakhir tahun 1

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
sekarang menunjukkan jam 6.10 minit petang,
aku masih ternanti-nanti ketibaan 
abah, mak, abang & adik untuk mengambilku di
kolej keris mas, Universiti Kebangsaan Malaysia
sempena semester break !
3bulan :)

terasa baru sahaja aku mendaftarkan diri di sini,
sebagai mahasiswa Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian,
tetapi hari ini, 
aku telah berjaya menempuhi tahun pertamaku selama dua semester dengan jayanya,
Alhamdulillah, bersyukur padaMu ya Allah kerana diberi kesempatan untuk mendapatkan secebis ilmuMU disini,
bersyukur kerana dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang banyak mengubah hidupku,
bersyukur dapat belajar dari kesilapan-kesilapan lampau setelah aku berada disini,
bersyukur, sangat bersyukur.

sepanjang dua semester ini,
pahit, manis, tawar, masin telah ku tempuhi,
pelbagai rintangan & cabaran,
pelbagai kenangan indah telah dicipta,
semoga semua ini kekal dalam ingatan
dan menjadi panduan hidupku kelak.

ampunkan salah & silap aku selama ini,
mungkin secara sedar atau tidak,
aku telah menyakiti hati kalian,
aku insan kerdil,
tidak boleh lari dari kesilapan.


3 bulan aku bakal meninggalkan UKM, 
satu jangka masa yang panjang,
pasti aku merindui suasana kehidupan seorang mahasiswa,
rindukan sahabat-sahabat aku :(
SELAMAT TINGGAL UKM !



Friday 21 June 2013

takdir

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
takdir ? 
apa itu takdir ?
bagi aku takdir adalah ketentuan Allah untuk setiap perkara,
sepahit mana atau semanis mana pun takdir Allah,
kita sebagai hambanya yang kerdil harus terima dengan hati yang terbuka

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

kita sebagai hambanya perlu berfikiran positif,
mungkin hari ini Allah menguji kita sehebat-hebatnya,
sehingga kita fikir kita tidak mampu untuk hadapi semua ini,
tapi ingatlah Allah tidak akan menguji diluar 
kemampuan hamba-hambanya,
ingat juga satu perkara,
mungkin ujian Allah itu ada hikmah disebalik
yang mendatangkan kebahagiaan yang hakiki untuk hambanya kelak
agar kita mengingatiNya selalu.


kita harus bersyukur kerana diberi fizikal yang sihat dan sempurna,
adakah dengan kesempurnaan ini kita boleh lalai dengan dunia?
yaa memang segalanya sudah ditetapkan,
tapi tidak semestinya kita menunggu hidayah itu datang sendiri
jodoh yang telah ditetapkan dicari bagai nak gila
tapi hidayah Allah tidak pula kita mencari
oleh itu, jangan bergantung kepada takdir,
kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal 
untuk mengubah takdir hidup kita.

sweet 20 :)

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)
Alhamdulillah, akhirnya tanggal 20 jun 2013 genaplah usiaku 20 tahun,
aku sekarang bergelar seorang dewasa,
 tidak lagi remaja,
tidak lagi kanak-kanak,
adakah semakin meningkat usia ini,
bertukarnya status kepada dewasa mampu membuat aku lebih matang?
berubah kearah kebaikan dan mampu istiqamah?

ya Allah permudahkan urusan hambamu ini, 
aku tahu dugaan yang diberikan adalah tanda Allah rindukan rintihan hambanya, 
Allah inginkan aku tabah untuk mencari kekuatan yang hakiki, 
tidak hanya seperti hangat-hangat tahi ayam.

aku sangat bersyukur, 
orang disekeliling sentiasa menyokong perubahan diriku
Alhamdulillah,
terima kasih sahabat-sahabat
kalian adalah sahabat dunia akhirat
inshaAllah.

terima kasih kepada semua yang wish birthday yang ke 20 ini,
terima kasih atas doa kalian,
aku tak mengharapkan sedikit hadiah pon,
tapi aku menginginkan titipan doa serta sokongan kalian buat diriku

terima kasih kawan-kawan yang memaniskan mukaku dengan jem kaya di tengah-tengah padang putrajaya,
terima kasih bawak aku pusing padang seperti orang buta,
terima kasih bawa aku menunaikan solat berjemaah di Masjid Besi,
terima kasih bawak dan teman aku shopping di Jalan TAR,
terima kasih atas nyanyian tepat jam 12 tengah malam didepan restoran,
terima kasih atas hadiah, kata-kata nasihat dan sokongan kalian yang membuat aku menangis
terima kasih atas sambutan birthday,
terima kasih atas kek secret recipe yang sangat sedap,
akan ku kenang semua ini sampai bila-bila
hingga hujung nyawa :)


bowling di alamanda beberapa jam sebelum 20 tahun :)
jam tangan ice = solat tepat pada waktu
powerbank = tetap berhubung
buku,kad dan surat = kata-kata nasihat dan sokongan yang membuat aku menangis
terima kasih awak :/ terharu
telekung = hadiah untuk diri sendiri supaya dapat mempertingkat ibadah kepadaNYA :)



Friday 14 June 2013

sahabat

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, terlalu bersyukur kerana aku dapat berdamping dengan sahabat-sahabat yang selalu bersama aku dikala suka & duka. terima kasih sahabat kerana selalu menyokong aku untuk terus istiqamah, hari ini mungkin hari pertama aku keluar, aku taknak keluar dari bilik beberapa hari ini kerana tidak yakin dengan diri sendiri :/ tiada sesiapa yang tahu punca aku jadi begini, biarkan ianya menjadi rahsia aku denganNya. hari ini aku memberanikan diri keluar dengan penampilan baru, yaa ramai yang bertanya dan melihat aku dengan pelik, kerana mereka kenal cara pemakaian aku sebelum ini :( aku hanya mampu tersenyum

sudah berminggu aku memasang niat untuk solat berjemaah di surau seksyen 16,bangi dan berbuka puasa bersama di luar UKM. Alhamdulillah hari ini, niat aku tercapai, terima kasih sahabat. ini antara detik indah aku bersama kalian. semasa solat berjemaah tadi, hatiku terusik, tambahan pula suara merdu si imam yang membuat aku terpukau dengan bacaan-bacaannya, YA ALLAH, kuatkan hambamu ini :/

terima kasih sahabat terutamanya najah kerana menjadi sumber inspirasi & memberi nasihat kepada aku untuk berubah, tegurlah aku jika aku lalai, tegurlah aku jika aku kembali pada asal, dugaan aku akan menjadi semakin hebat kelak, aku tahu itu dan aku sedang berusaha mencari kekuatan :/ 


#perubahan secara perlahan, tidak terlalu drastik, doakan aku :)

tangisanku :/

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

rabu, 12 jun 2013
ade sesuatu yang mengusik jiwa aku 
untuk berubah ke jalanMu 
mengenang kisah-kisah lalu
aku lalai dengan duniawi
ya Allah beri peluang untuk hambamu ini berubah
terima kasih datangkan kepadaku seorang insan 
yang boleh mengubah cara hidupku
terima kasih datangkan kepadaku satu peristiwa 
yang boleh membawaku ke jalanMu
syukur Alhamdulillah
ini mungkin satu petunjuk
buat diriku :)

"Terpedaya pada dunia
pentas ciptaan manusia
terlupa pada segala
mengikut nafsu semata
membiar syaitan beraja
di hati dan juga jiwa
mengejar dunia penuh debu dosa"

ramai yang bertanya...

default picture facebook?
aq hanya menjawab itu sebagai idola aku & 
aku sedang berusaha ke arah itu. 
mungkin selepas bernikah :)

delete semua gambar di facebook?
mungkin itu satu permulaan.

roomate aku, syida dan lain-lain yang rapat dengan aku pun pelik dengan aku, sebab semua ini terlalu tiba-tiba. mereka tidak tahu kisah disebalik semua ini. ya Allah kuatkan hambamu ini :/ sukar sebenarnya menghadapi semua ini, tetapi tangisan malam itu adalah tangisan yang ikhlas untuk kembali kejalanMu :/ doakan aku istiqamah, aku rasakan ianya terlalu berat, 
aku perlukan sokongan :/

mungkin ade kaitan :) istikharah cinta :)

#eykinazmy <3

Tuesday 11 June 2013

accident :(

10.15 pagi : ekin tengah present microsoft access di bilik sir, roomate hantar mesej kate nak pinjam cardigen, ekin kate ok n tanya dia nak g mane, then dia kate nak g bilik kawan

ekin pon teruskan presentation access, 3 round kot, naseb baek berjalan lancar, ALHAMDULILLAH, selesai saja presentation, ekin melangkah keluar dari bilik sir, telefon ekin berdering, roomate call (dalam otak mesti roomate nak tanye aku nak balik bilik pukul bape, sebab aku jarang melekat dalam bilik sejak akhir-akhir nie, asyek duduk kat fakulti dari pagi sampai tengah malam)

ekin : hello roomate, kenapa?
roomate : menangis tersedu-sedu
ekin : roomate kenapa nie ? jangan buat i risau....
roomate : u datang PK sekarang (suara menangis so tak jelas)
ekin : PK ?? oke i datang sekarang jugak

ekin risau gila time nie, kenapa dengan roomate aku, ape jadi ? berlari terus ke motor, terus bergerak ke Pusat Kesihatan UKM, pergi parking motor, dari jauh nampak satu kereta innova (pegawai syariah ape benda ntah) tengok-tengok roomate keluar dari kereta tu sambil nangis-nangis dengan jalan dengkot nye. then kereta tu terus pergi meninggalkan PK, ekin berlari dekat roomate, tengok kaki dia darah-darah, kuku tercabut, aww sakitnya ! arggghhh comfirm accident nie, rupanye kereta innova tuh yang langgar, kereta tu tak bagi signal time nak masuk lorong dekat stadium UKM.

dah laa hantar tepi jalan PK je, pastu bising-bising kata roomate aku bawak bala kat diorang, melambatkan diorang pergi meeting ! ehhh korang yang salah tao , geramnya ! motor kawan ekin yang bawak roomate ekin habis pecah-pecah kat bahagian depan, tak reti nak ganti pulak tuh :/  dah la tak reti nak tolong time dah langgar, nasib baik ade kereta kat belakang diorang, itu yang datang selamatkan roomate dan kawan aku, geramnya !


sekarang, roomate ekin dah tak nak naek motor lagi :( fobia , kesian dekat dia baru je cadang nak amek lesen motor cuti sem nanti, so segalanya terbatal.
*takpe, sabar ehh roomate, kuatkan diri pergi exam dengan keadaan kaki macam tu, mungkin ade hikmah.

final exam



 haaa, nampak status macam tu pon dah tao kan ape tujuan entry ekin hari nie
so kepada semua kawan-kawanku yang berada di UKM & UPM 
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR
usaha, doa, tawakal
doa ibu bapa paling mujarab
inshaAllah akan cemerlang :)

DP facebook pon bertukar, mood exam !

hasil usaha sem ini lebih gigih dari sem lepas, terima kasih rakan-rakan study group :) doakan target ekin tercapai untuk sem nie
*first time study group sepanjang bergelar seorang pelajar, selama nie study sorang je
*melakukan perubahan untuk lebih maju ke depan, inshaAllah


dikesempatan ini juga ekin nak mohon maaf ikhlas dari hati ini andai pernah terkasar bahasa serta melakukan perbuatan yang tidak disenangi kalian, kita manusia tak pernah lari dari kesilapan. 
sesiapa yang rasa pernah buat salah dekat ekin, jangan risau dah lame ekin maafkan :) 

Friday 7 June 2013

ulser

hai hai assalamualaikum
ohh sedih, dah masuk hari kelima ekin kene ulser mulut :(
terseksa rase nak makan, nak gosok gigi, nak minum :(
naseb baek semalam ade insan yang baik hati belikan ekin ubat, kami kenal dekat facebook dan selalu terserempak dekat UKM nie. jarang sangat kami bertemu untuk berborak.
actually, ekin tak mintak pon, ekin just tanye tao tak cara nak sembuhkan ulser waktu kami tengah chating-chating petang semalam. then dia suruh letak garam, ohhh mesti pedih kan, tamao tamao !

then tetibe malam tu dia hantar chat kat ekin kate nak jumpe kat cafe kkm nak bagi ekin ubat untuk ulser, errrr, seriusly ekin sangat terkejut, baiknya hati dia :D ekin kate takya la datang kolej ekin sebab nak bagi ubat tu, kolej dia jauh kot dari kolej ekin, dah la dah malam, cuaca pon tak berapa baik, hujan rintik-rintik. akhirnya kami berjumpa jugak di cafe kkm, lepas borak-borak beberapa minit, dia pon bagi ekin ubat tu, suruh ekin jaga diri dan jaga kesihatan. 

awak terlalu baik, selalu amek berat pasal ekin, ekin kagum sangat dengan awak ! awak seorang pemimpin yang baik ! banyak nasihat awak yang ekin jadikan kekuatan hidup di UKM nie, thanks awak :)


ALHAMDULILLAH, dengan bantuan ubat ni dan izin Allah, ulser semakin sembuh :)

Saturday 1 June 2013

surat khabar !

hai hai assalamualaikum :)
entry kali nie saje suka suka, tension baca buku, study week lah katekan, nak release tension, update la kat blog nie, padahal tak tao nak update ape pon. so nak share sikit, ekin penah masuk paper 3 kali dah setakat nie, hewhew. macam retis pulak rase ! ohhh perasan, k bai. 

yang first sekali muka ekin masuk paper, waktu form 5 sebab join program kewartawanan peringkat negeri. kali kedua sebab join program keselamatan jalan raye peringkat daerah kot, lupaaa & akhir sekali TG2KM di UKM baru baru nie :)



artikel ekin pon penah masuk paper, tapi entah kemane dah paper tuh :( 
so now, tak nak hilang paper paper nie, ekin update la kat blog, boleh la tunjuk kat anak cucu nanti. HAHA