Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday 26 May 2013

sesi pembentangan II

hai hai assalamualaikum
entry kali ini nak sambung mengenai sesi pembentangan untuk tugasan microsoft powerpoint :) Alhamdulillah pada minggu ini dugaan yang dihadapi semakin berkurang. sesi pembentangan berlangsung dari pukul 8 pagi - 5 petang. disebabkan jadual yang padat dengan kelas dan menguruskan perasmian program TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN, ekin hanya sempat melihat pembentangan dari jam 8 pagi- 11 pagi sahaja. kecewa :( nak tengok semua kumpulan membentang :(

kumpulan 6
tajuk : ilmu pertolongan cemas
pemilihan tajuk yang memberi informasi dan manfaat kepada semua. pembentang menggunakan tone suara yang sesuai dan bersemangat, video yang bermanfaat dimana ahli kumpulan 6 mengajar cara melakukan pertolongan cemas, tapi terdapat kekurangan dimana tiada transition dan sedikit lagu pun di dalam video. kesimpulannya , gud job :)


kumpulan 5
tajuk : Nostalgia zaman kanak-kanak
bijak memilih tajuk. mengimbau kenangan indah di zaman kanak-kanak, semua yang berada di dalam kelas sangat tertarik dengan tajuk ini, sangat menarik ! pembentang membentang slide dengan nada yang sangat ceria dan bersemangat tetapi ade sedikit keraguan di dalam penghasilan video.


kumpulan 11
tajuk : gubahan
tajuk yang dipilih agak umum tetapi mendatangkan minat kepada sesiapa yang baru hendak mengenal gubahan. pembentang sangat bersedia, walaupun syida tak sihat, dia tetap memberikan yang terbaik, good job sayanggg :) video kumpulan ini ade sedikit masalah, suara tak keluar dan transition. tapi ekin tahu mereka dah berusaha yang terbaik :) 


kumpulan 16
tajuk : stress
tajuk yang umum dan menarik kerana semua mahasiswa sering mengalami keadaan ini. slide presentation menarik, video pon menarik, pandai korang berlakon :) tekanan itu lumrah kehidupan! good job kumpulan 16 :)


kumpulan 10
tajuk : aplikasi mobile
pemilihan tajuk yang lebih tertumpu kepada golongan yang tidak mempunyai smartphone, jadi bagi yang dah ade smart phone kurang tertarik sebab hampir kesemua yang dibentangkan telah diketahui seperti viber whatsapp dan instagram. video oke jep :)


kumpulan 4
tajuk : pakaian tradisional di Malaysia
tajuk yang simple tapi menghasilkan pembentangan yang menarik, nak puji nie, video korang sangat sangat awesome, tahniah ! tak memerlukan suara pon, background muzik je, sangat kreatif :)


kumpulan 7
tajuk : coklat
presentation kumpulan ini oke jep, tajuk yang ekin suka sebab ekin suka makan coklat, nyumnyum. video cara buat coklat pon oke jep :)


kumpulan 9
tajuk : parodi
pemilihan tajuk bersesuian dengan isu semasa yang tengah meletop sekarang, jadi presentation kumpulan 9 berjaya menambat hati kami. video yang sangat lucu. menarik menarik ! parodi s2 , haha


itu sahaja komen dari ekin, mintak maaf jika ade yang terase, nie ape yang ekin rase, ekin bukan profesional untuk menghakimi tugasan anda semua :) btw semua dah cuba buat yang terbaik :)


No comments:

Post a Comment