Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Saturday 30 March 2013

all about TG2KM ^_^

hai hai, assalamualaikum & salam TG2KM ^_^
hari nie dah sampai hari terakhir TG2KM, ohh cepatnye mase berlalu, 2 minggu TG2KM berlangsung dari 18-31 Mac terasa begitu singkat, rase macam sedih, sebak pon ade, hoho. ye laaa hari-hari balik bilik lewat, 12 atau 1 pagi baru nampak batang hidung nyet nyet ekin, selalu ditinggalkan sejak akhir-akhir nie disebabkan busy dengan TG2KM dan program-program anjuran fakulti :( untuk pengetahuan korang, TG2KM nie adalah singkatan kepada TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS di UKM. seriously event nie sangat-sangat gempak dan ekin sangat tabik hormat kat ketua program nie, pemimpin yang sangat hebat :) aummmm



Pada 30 Mac telah berlangsungnya AUTOSHOW FERRARI , aummmm! sebanyak 15 buah kereta yang sangat-sangat mewah telah mengadakan autoshow berhadapan pentas utama TG2KM ! gilaa gempakk weyyy , FERRARI ! LAMBORGHINI ! PORSCHE ! secara live boleh tengok depan mate, boleh sentuh lagi tuh, tapi kene hati-hati laaa, calar kank tak tergadai semua harta ekin nak bayar kesan calar tu, haha :D


so, ekin pon seperti biase menggunakan kesempatan yang ade untuk bergambar dengan kereta-kereta mewah yang jutaan ringgit nie, nak beli memang tak mampu laa buat mase sekarang nie, so bergambar pon jadi laaa ^_^






haaa gempak kan kan ! so sekarang ekin berazam nak berusaha dengan lebih kuat, belajar rajin-rajin supaya mampu nak memiliki kereta mewah macam nie, seriously, im fall in love with LAMBORGHINI ^_^

Wednesday 27 March 2013

ohh cesmed !

assalamualaikum ^_^
hari nie dari pagi sampai malam ekin dengar forum, ceramah dan belajar secara praktikal tentang keusahawanan, USAHAWAN ! USAHAWAN ! bosan tak?? tapi Alhamdulillah ekin tak rase bosan pon, rase seronok jugak dapat ilmu yang baru ^_^ untuk pengetahuan korang, di kolej tercinta iaitu KOEJ KERIS MAS, UKM :) ekin terlibat atau sebahagian dari ahli KEUSAHAWAN kolej, nak kate aktif kolej sangat, tak la jugak, tapi kalau ada program selalunya ekin join laaa :)

Pada 27 Mac 2013, kami pelajar-pelajar tahun satu UKM dikehendaki berkumpul di DECTAR untuk mendengar kuliah umum yang kedua anjuran cesmed ! wajib pergi, kedatangan di ambil ! tapi tapi, ekin pergi dengan rela hati disebabkan orang yang akan sampaikan kuliah itu ialah DR. IRFAN KHAIRI ^_^ wahhhh, JUTAWAN INTERNET tu, serious teruja nampak dia secara live, hensem dan jambu orangnya, dalam kuliah ini, beliau banyak bercerita tentang pengalaman beliau untuk menjadi jutawan, sangat menarik :) mase beliau berumur 18 tahun, pendapatan bulanan beliau RM60k, sekarang cuba teka berapa agaknya?? tak dapat nak teka kan, haha


Pada malam hari pula, ekin mendengar ceramah tentang CESMED dan lebih terperinci tentang KOSISWA :) kosiswa nie adalah tempat pelaburan bagi pelajar UKM, untuk permulaan ekin labur sikit je, test dulu , kalau agak menguntungkan baru laa boleh melabur banyak :) planning tu penting kan!

 Alhamdulillah, SLOT KEUSAHAWANAN anjuran SEKRETARIAT USAHAWAN mendapat sambutan dan berjalan dengan lancarnya :D

PLEASE, don't force me to



If I don't love you,
please.. don't force me 
If I don't need you, 
please.. don't beat my soul 
If I can't accept you, 
please.. don't let me beg you 

As a human..
As a mankind.. 
Different hereditary degree
between the common people
with the royal blood
after succeed in life
trying to make a chaos 
by reveal defame
to bait the highness 
with a degradation work 
serve in administration
as a strategy for intervention 
rise a proclamation of freedom 
claims for the rights 
crave for the sweetness life
by intimidate and incite
a peace of every people
under the domination of monarch
with force to accept
a betrayal procedure 
as a strategy of national defense 
even their lure is very wide
as wide as my vision
it's like craving to reign an ocean..

*copy and paste from other people ^_^ actually i like this poem,
 hope you enjoy read it, bye

Friday 22 March 2013

bicara cinta

assalamualaikum, salam cintaa <3 hehe, amboi tengah tengah malam nie tetibe pulak ekin bertukar jadi minah jiwang, mengapakah ?? sebelum nie eykin bukan minah jiwang oke ! fakta nie fakta, hahaha. sebenarnya ekin baru je balek dari dengar FORUM BICARA CINTA ! dengan tajuknya 'CINTA ORIGINAL' aummmmm tajuk yang sememangnya disukai oleh remaja remaja kan :D forum nie menampilkan YATT HAMZAH yang sangat comel serta ustazah FATIMAH SYARHA yang memukau sangat suaranya sebagai panel jemputan. Mula mula nampak yatt depan mata nie, ekin teruja sangat sangat, indahnya ciptaan Tuhan ^_^


apa yang ekin dapat dari forum nie ?? haaa jeng jeng, semestinya tentang cinta yang mendapat redha dariNYA :) seperti yang kita semua tahu 'couple' tuh boleh mendekatkan diri kita dengan zina, jadi lebih molek kalau kita hanya minat dan cintakan seseorang sebelum kahwin dan menzahirkan cinta selepas kahwin :D ekin tertarik dengan kata kata ustazah dimana 'ramai bunga bunga sekarang yang tidak lagi perawan tangannya, pipinya, mulutnya' hmm mendalam maksud tuh, harap ekin tak tergolong dalam golongan tu, amin :D

haa kalau korang nak tahu, Forum nie boleh dengar secara live tao dekat NASYIDFM, lebih 8000 orang yang dengar dan yang datang dekat pentas utama TG2KM pon ramai sangat tao, ALHAMDULILLAH program nie dapat sambutan , tahniah TG2KM :D


balik bilik terus update status :D




Saturday 16 March 2013

lirik lagu

Antara lagu kesukaan ekin pada mase ini, lagu nie boleh dikategorikan jiwang jugak laaa, tapi ekin suke sebab rentak dia yang soft dan tenang je bila dengar =)


Yakin Cintamu Ku Dapat
Kangen Band

Langkah kakiku semakin sesat
Saat dirimu hakimi hatiku
Namun ku coba selalu mengalah
Ku lakukan demi cinta

Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapat

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa cintaku ini takkan mati

Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapat

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa cintaku ini takkan mati

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan huwooo.. huwooo.. huwooo..
Bahwa cintaku ini takkan mati

nahh dengar nie ^_^ suke tak ?? kalau suke kita geng


microsoft excel

haaa, minggu lepas mase kelas aplikasi komputer , kami telah diajar tentang microsoft excel, terus terang cakap ekin tak penah gune pon excel nie, so agak blur :P post kali nie ekin nak tulis atau ala ala buat ulangkaji tentang apa yang dipelajari minggu lepas :D

click 'insert function' untuk pilih 'random between'

taip nombor paling rendah & paling tinggi yang korang nak

tarik kotak hitam tu kat mane mane column yang korang nak, so akan muncul nombor random between tadi.
eg : tarik dekat column A sampai baris 10

pilih 'VLOOKUP' untuk buat gred

eg : nak buat gred dekat column B berdasarkan markah di column A , so taip 'lookup value' A1
'table array' pulak petak hitamkan skala gred yang korang buat, automatik akan tertulis sendiri, then jangan lupe apitkan huruf yang ade dengan $.
untuk 'column index number' taip 2 berdasarkan dua elemen skala gred tadi.

last sekali, tarik petak hitam kat column B, maka akan terkeluar lah gred secara sendirinya ^_^ wahhh magik 
haaa, itu je laa yang ekin engat, harap boleh bantu kawan kawan :D assalamualaikum





majlis anugerah dekan :'(

15 mac 2013 telah diadakan majlis anugerah dekan untuk Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM di KTAM ke DTAM entah, ekin hanya terlibat sebagai ajk protokol dalam majlis tuh , sambut ketibaan penerima-penerima anugerah dekan :'(


  Sebak rasa tengok orang amek anugerah atas pentas, tangkap gambar dengan Dekan FEP dengan senyuman yang sangat lebar, wahhh seronoknya mereka, bila agaknya aku nak naik pentas macam diorang ?? yaa aku kena yakin yang aku mampu sebenarnya, tapi ye laa aku dah sia-siakan sem satu aku dulu, asyek kua merayau, layan FB, lepak lepak, tak berdisiplin langsung mase buat ulangkaji, tu yang tak dapat dekan, hmm mungkin bukan rezeki aku, tape-tape, masih ade mase untuk berubah :D yakin ekin ! EKIN BOLEH ! 

  Alhamdulillah majlis nie berjalan dengan lancar dan penuh profesional serta mendapat pujian yang menggunung dari Dekan sendiri (sebenarnye ekin first time tengok dekan waktu nie). Ini semua hasil kerjasama dari PMFEP serta wakil wakil kelab yang ade di FEP, ekin dapat satu pengalaman yang menarik dalam menguruskan majlis nie disamping dapat meningkatkan soft skill :D tahniah buat kawan-kawan aku yang dekan terutama exco Kelab Ekonomi, korang memang awesome lahh  semoga semester ini dan seterusnya aku akan dekan jugak, amin amin ^_^ 

muka-muka penerima dekan, tabik kat korang :D

Wednesday 13 March 2013

Lost World Of Tambun

hai hai ^_^ entry ekin sebelum nie tentang JEJAK VARSITI kan ?? yaaa nie sambungan nya, hehe . Pada keesokkan harinya, ahad 10 Mac 2013 kami peserta peserta program Jejak Varsiti meneruskan aktiviti di LOST WORLD OF TAMBUN ^_^  (wahh tambun?? ehem ehem dekat laa dengan rumah ekin, ekin pon amek kesempatan jumpe dengan family masa nie, dapat jugak lepas rindu) 


Sebelum sebelum nie ekin pergi dengan family atau cousin cousin je, nie first time pergi dengan kengkawan, seriously sangat sangat seronok, mandi bersama, menyelam bersama, berenang bersama (bajet reti jew), bergambar bersama, bermain bersama ^_^ seronooookkkkk ! sesiape tak pergi lagi LOST WORLD OF TAMBUN, dialu-alukan pergi, pasti tak rugi :D tiket masuk hanya RM45 untuk dewasa.


Tempat-tempat menarik yang ada di dalam ialah water park, river & beach garden, amusement park, hot spring, tiger valley dan petting zoo ^_^








nie antara gambar-gambar kami di Lost World Of Tambun, nak letak semua tak mampu, ade beratus-ratus, tak larat korang nak tengok nanti :D babai, ASSALAMUALAIKUM ^_^


Tuesday 12 March 2013

jejak varsiti

9 Mac 2013

hai hai , hari nie Kelab Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mengadakan sesi lawatan ilmiah atau dinamakan JEJAK VARSITI ke KOLEJ MATRIKULASI PERLIS dan UITM,ARAU. Untuk pengetahuan korang, ekin sebagai exco informasi dan penerbitan dalam kelab nie . yaaa lawatan nie sangat menarik kerana dapat mengeratkan hubungan antara UKM dan UITM, dapat bertukar ilmu walaupun dalam masa yang singkat. Program ini jugak dapat mengeratkan hubungan antara exco Kelab Ekonomi dengan peserta peserta nya yang sporting ^_^ 



Kami menginap di lima buah homestay di kawasan jejawi , satu pengalaman yang menarik dapat tidur, memasak, bergosip dengan kawan kawan yang sememangnye sekepala. Tak cukup tidur sehingga mata nak bertukar menjadi mata panda, wahhhh rindunya saat itu. Teringin sangat waktu itu berputar kembali. Terasa hubungan kami sangat erat seperti sebuah keluarga :D



Setelah penat pusing satu UITM , kami terus ke PADANG BESAR untuk sesi interaksi bersama usahawan dan SHOPPING ^_^ banyak jugak laa ekin beli untuk roomate tercinta, jiran jiran sebelah bilik dan family tersayanggg :D



Tuesday 5 March 2013

PANGGUNG WAYANG GAMBAR ^_^

hai hai , weekend ! weekend ! hmm ape korang selalu buat time weekend ?? mesti jawapan mahasiswa mahasiswi UKM nie same je 'study, aktiviti kolej, aktiviti fakulti tak pon merayau-rayau di mall' , jadi eykin nak cite sikit minggu lepas eykin pergi PAWAGAM . actually pawagam tuh name pendek tao, name panjangnye PANGGUNG WAYANG GAMBAR :D tapi jarang laa orang gune bahasa nie , selalu muda remaja nie kate nak g tengok wayang je :D

sebelum sebelum nie, eykin selalu tengok wayang kat ipoh je, kalau sem lepas selalu tengok dekat midvalley tak pon the mines :) but kali ni eykin mengubah selera ( sebab ade orang ajak dan bawak ^_^ ) tengok wayang dekat alamanda pulakk, first time datang alamanda dan first time jugak tengok movie 3D, selame nie kalau ajak kawan kawan or family semua taknak, kate mahal :'( akhernye dapat jugak merasa tengok 3D sebelum umur mencecah 20 tahun, hahaha. tapi, mula mula mase nak pakai cermin mate tu, seriously rimas sangat sangat (baru eykin tao betapa seksanye orang yang rabun kena pakai spek, rimas kot ) cerita yang eykin tengok  nie tajuk dia JACK THE GIANT SLAYER :D 

haa, nie sinopsis cerita tuh :D serious best, sumpah tak tipu !


cepat pergi tengok weekend nie ! ^_^

Sunday 3 March 2013

awesome matrikulasi *_*

wahhhh kalau mengimbau kenangan di matrikulasi ( kolej matrikulasi perak ), ianye antara zaman yang terindah dalam hidupku sepanjang hampir 20 tahun bernafas di muka bumi nie :D zaman nie laa yang mule mule aku merasa seksanye hidup berdikari , seksanye hidup berjauhan tanpe keluarga disisi ( berminggu jugak laa aku rase seksaan itu, menangis dan terus menangis ) :'( zaman yang aku rase setiap hari wajib study hard, tak boleh nak maen maen. tapi tapi , aku bersyukur sangat sebab dapat roomate yang sangat memahami, sporting, sekepale, kaki gosip dan gila gila , indah rase setahun bersama dan sekarang aku sangat rindu kat diorang :'( untuk pengetahuan korang, roomate aku dua orang melayu dan seorang india , tapi india nie, tak macam india langsung, macam melayu jugak aku rase :) kitorang boleh bukak puase sesame, pergi bazar ramadhan sesame, shopping raye sesame, share rahsia sesame dan yang paling penting dia sangat menghormati Islam, kalau kami mengaji, solat jemaah dan semasa azan berkumandang mesti dia akan diam membisu tanda menghormati :) walaupun kitorang tak boleh study bersama, sebab semua kursus lain lain, ( diorang semua science laa , aku sorang je sesat accounting ) tapi kami tetap boleh sentiase bersama mencipta kenangan, ewahhhh :D

roomate yang awesome <3

katil tempat aku menghabiskan mase menonton movie, brefacebook, mengulangkaji,
bergosip sebelum tidur :)

hijab ^_^


assalamualaikum :) lepas tengok gambar kat atas, semua dah tahu eykin nak tulis pasai hijab kan, tapi sebenarnye eykin nak detailkan lagi iaitu 'tudung yang semakin pelik' selaras dengan kemunculan fesyen fesyen yang pelbagai kat dunia nie. yaa, dulu kalau kite lihat tak banyak pon jenis tudung yang ade kat pasaran, hanye ade tudung bawal je ( pakai tudung bawal yang simple tu pon dah nampak manis sangat kan kan ) tapi sekarang , mashaAllah pelbagai jenis dan fesyen yang semakin pelik dan rumit , contohnye ade yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, half moon, shawl, pashmina, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori.

persoalannye , baguskah fesyen fesyen tudung yang semakin pelik nie ??




hmmm pelik pelik kan ?? kadang kadang nampak macam cantek laa jugak , tapi kadang kadang macam terlebih over , betul ke tutup aurat pakai macam nie ?? mesti penah tertanye tanye kan :D eykin dulu pon penah jugak pakai fesyen pelik pelik nie, lilit sane lilit sini, buat bentuk bunga, haa macam macam style lagi laa ( tak la yang over sangat ) maklumlah name pon remaja , semua benda nak cube , darah tengah panas , tapi Alhamdulillah sekarang tengah cube untuk menjadi lebih baek :D doa doakan laa supaya golongan perempuan nie menutup aurat mengikut syariat islam , amin ^_^

suatu hari nanti , in shaa Allah :)



Saturday 2 March 2013

kenape VANILLA BERRY ??

assalamualaikum , yahhh dah masuk entry yang ke lima ^_^ Alhamdulillah aku dah mule rase suke nak menulis blog nie , tidak lagi rase terpakse yang menggunung seperti dahulu , sekarang dah rela sikit :D

ehem ehem , kenape VANILLA BERRY ?? ade laa dua tiga empat lima orang makhluk dekat muka bumi nie bertanye mengenai title blog aku yang amat pelik tuh , kadang kadang aku rase macam name title tu gedik semacam je , tapi dah aku suke name tuh , suka hati aku la kan , HAK MEMILIH TITLE , HAK AKU ! hahaha

oke sebenarnye , waktu pensyarah aplikasi komputer bagi tugasan suruh buat blog , aku rase blur sangat , nak tulis ape, title ape , memang blur habis , ye laa akan nak letak title EYKIN AZMY jugak kan , dah la facebook , twitter , name bluetooth , instagram , whatsapp , viber dan segala galanye laa semua name aku letak EYKIN AZMI , dah bosan kot , macam takde name laen :'(  jadi, kebetullan pada hari kejadian , roomate aku sedang terlibat dengan Festival Minggu Mesra FTSM ( banyak la jualan kan kan )dan dia telefon aku tanye nak ice blended tak , yaa aku memang penggemar ice blended ( cool blog , each a cup , chatime semua nie favourite aku laa nie ) jadi dia tanye aq nak perisa ape , dia kate ade coklat , strawberry , vanilla berry dan banyak lagi , then then aku pon tetibe macam tertarik dengan vanilla berry , sebab tak penah rase lagi sebelum nie , setelah dapat minum ice blended VANILLA BERRY tuh , tiba tiba rase macam nyum nyum sedap jugak perisa nie dan terfikir nak letak sebagai title blog :D  jadi terima kaseh kepada roomate tercinta kerana menjadi sumber idea title aku nie :D love you so much laa roomate <3

my lovely roomate , tersangat laa sporting <3
*kami sekepale