Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Tuesday 26 February 2013

penyatuan dua hati

23 februari 2013

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat sepupuku tercinta AMALINA dan tunangnye SYUKUR kerana mereka diijab kabulkan menjadi sepasang suami isteri yang sah , yeahhh memang wajah kedua mempelai nampak begitu gembira setelah diijab kabulkan. kahwin mude , mesti seronokkan ^_^ untuk pengetahuan korang sepupu aku tu baru je nak masuk 19 tahun , dah kahwin , aku bile lagi ?? HAHA , nampak tak kegedikan disitu , tak boleh tak boleh ! aku kene belajar dulu , abeskan degree , dapatkan segulung ijazah baru boleh fikir semua benda nie , diri sendiri pon tak terjaga lagi , ade hati nak jage anak orang kan . TAPI kan , kawin nie banyak tanggungjawab perlu dipikul , jadi fikir laa berjuta kali sebelum korang nak kahwin nanti , sama ada dah betul betul bersedia atau tak , kalau DAH , teruskan je laa niat nak membina masjid tu ^_^

Sebelum acara persandingan berlangsung , pagi tu diadakan majlis khatam Al-Quran , yaa sudah semestinye aku yang bersuare merdu nie terlibat same , orang laen khatam pakai tudung putih , aku sorang je sesat pakai tudung biru , unik namenyee , HAHA


Selepas tamat majlis khatam Al-Quran , rombongan lelaki pun tiba , ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang , cuace tengah hari tuh pon damai je , angin sepoi sepoi bahasa . kedua mempelai berjalan di laluan 'red carpet' dengan memakai baju bertemakan warna KUNING , dah macam perkahwinan diraja aku rasa :) 


ALHAMDULILLAH majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit dugaan yang muncul , aku doakan korang bahgia dan berkekalan hingga ke akhirnye , SELAMAT PENGANTIN BARU ^_^



Monday 25 February 2013

cinta hatiku

sejak kita berjaya dikeluarkan dari rahim ibu kita dan mengenal kehidupan , sudah pasti setiap dari kita mempunyai orang orang yang disayangi dan rapat dengan kita kan , boleh dikatakan tanpa mereka hidup kita jadi serba tak kena lah , senyuman pon tawar je . nak gelak lagi lah tak mampu .

bagi aku , orang yang paling aku sayang kat dunia nie sudah pasti laa ibu aku yang tercinta , SHARIFAH HASENAH BT ABDULLAH . dia lah sahabat , dia lah teman , dia lah ibu , dia lah tempat bermanja , dia lah tempat mengadu , dia lah pemberi nasihat yang terhebat , dia lah segala galanye bagi ku . Semua tentang aku ade dalam genggaman dia , tak kire laa aku sedih ke , aku gaduh dengan kawan ke , aku bertekak dengan 'boyfriend' ke ( dulu-dulu laa ) , aq minat kat mane mane jejaka ke , semua dia tahu . yang penting mama aku nie tersangat lah 'sporting' .

sejak duduk berjauhan dari keluarga nie , aku nie boleh dikatekan 'homesick' jugak laa , pantang ade cuti je mesti tak sabar sabar nak balik ipoh , kenape ?? sebab nak jumpe mama laa , banyak benda nak bergosip , gosip kat telefon tak seronok , jumpa depan depan baru ade 'feeling' sikit nak cerita :) sekarang jujur aku cakap , aku rindu mak aku sangat sangat walaupun baru je dua hari lepas aku jumpe dia , sobsob :'(

dua insan yang paling penting dalam hidup aku ^_^

Sunday 24 February 2013

saye budak baru belajar menulis BLOG

hai hai , ASSALAMUALAIKUM awak awak ^_^
sebelum saye mula berbicara , nak bagi tahu sikit , saye sebenarnye tak penah menulis blog sebelum ni , dan tak berminat pon nak menulis blog nie :'( akan tetapi disebabkan saye sayangkan subjek APLIKASI KOMPUTER nie , jadi terpaksalah berjinak-jinak dengan penulisan blog walaupun hati tidak berapa nak rela , tapi... tapi... mane tao dah mula tulis ni nanti ketagih pulak kan , hari hari nak tulis blog je :p hehe .

untuk permulaan nie , saye hanya nak memperkenalkan diri saye yang kerdil ini :)
name saye NURASHIKIN BT AHMAD AZMI , berasal dari tempat tercinta iaitu IPOH , PERAK . dilahirkan pada 20 jun 1993 di ipoh jugak , bersekolah di SMK TASEK DAMAI , ipohh jugakk dan sebelum menjejakkan kaki ke UKM , pernah menuntut di KOLEJ MATRIKULASI PERAK . tu je laaa , babai :)