Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Friday 31 May 2013

major !

hai hai assalamualaikum <3
Alhamdulillah, terlalu bersyukur sangat sangat sebab apa yang aku nak aku dapat, ALHAMDULILLAH :) tengahari tadi waktu tengah lunch dekat cafe kkm, najah call syida sebab ade urusaan kelab, tetiba dia cakap yang result untuk majoring sem depan dah kuar dan najah kata syida & aku tak dapat major yang sama, grrrr apakah? tamao tamao ! macam mane aku nak pergi kelas tanpa syida, tidakkkkkkk ! dari zaman matrik, hari hari aku pergi kelas dengan syida walaupun selalunya aku kene tunggu dia berminit minit, aku sanggup ! taknak pergi tanpa ko :(

lepas je letak phone, syida suruh aku check kat group FB guna phone, line internet pulak lembap, alahai nervousnye time tu, tak selera terus nak makan lepas dengar najah cakap camtu :( kami makan cepat-cepat, terus balik bilik online, pehhhh lega, kami sama kos dan kami dapat apa yang kami nak, first choice ! EKONOMI INDUSTRI & ANTARABANGSA :) happynya, terus kol mama bagi tahu & update status kat FB, terima kasih YA ALLAH. 


errrr, najah tipu ! JAHAT JAHAT ! tamao kawan dah ! ahaha


so boleh la daftar kursus untuk pendaftaran awal, sesape budak ekonomi yang blur tak tahu subjek ape kene amek untuk major dia, bukak sini , semoga membantu :)

Wednesday 29 May 2013

serba salah !

serba salah ! serba salah ! serba salah !
mane satu aku nak sokong kalau aku tahu dua-dua salah, 
tapi dua-dua ego,
keras sangat hati,
asyek menunding kesalahan antara satu sama lain,
tak fikir langsung kesalahan yang diri sendiri lakukan,
aku nak bagi nasihat ? 
siapalah diriku ini...
nak buat tak endah ?
diorang yang cari aku, kalau nak buat tak tahu je apa yang diorang tanye, masalah lain timbul nanti.
kalau nak back up salah seorang ?
nanti last last, salah seorang akan salahkan aku jugak.

inilah aku, suka memeningkan diri dengan masalah orang,
suka sangat jaga hati orang hingga hati sendiri dah hilang entah ke mana.
masalah orang aku nak cuba selesaikan.
masalah aku sendiri tade sape tahu, biar ianya tersimpan rapi.
keep smiling ^_^



HIDUP PENUH DENGAN MASALAH !

Tuesday 28 May 2013

sick :(

hmmm, seperti selalu, sakit datang secara tiba tiba :(
tak lalu makan
tak larat bergerak
muka pucat
baring atas katil, tidoooo :(
thanks roomate, thanks syida, selalu berada dengan aku 
korang keluarga aku di UKM,
malu nak cakap, 
sayanggg korang sangat <3

from roomate :)
*sahabat selamanya, susah senang, suka duka, kami bersama, takkan berpisah, hopefully :)

pandangan si kerdil :)

hai hai assalamualaikum :)

kehidupan takkan sempurna tanpa semua rasa pahit, manis, masin dan tawar.
kehidupan ini macam main buaian, kadang-kadang kita kat depan, kadang-kadang kita kat belakang.
kehidupan ini takkan lengkap tanpa manusia lain, tak kiralah manusia yang membahagiakan atau mengecewakan hidup kita.
kehidupan juga tak beerti kalau asyek bahagia, kerna kita takkan dapat merasai bahgia yang sebenar-benarnya jika kita belum pernah merasa rasa kecewa.
kehidupan penuh dengan penipuan kalau kita rasa kita bahgia setiap masa.

whatever happen think positive :)

biar orang buat kita, jangan kita buat orang.
kalau orang buat buruk kat kita, mesti ada sebab, mungkin faktor sekeliling atau diri kita sendiri punca sebenarnya :) fikir-fikirkan laa.

setiap manusia punya hati & perasaan, jangan dipermainkan dengan mudah, anda yang melakukan mungkin tidak merasa seksanya tapi yang menanggungnya hanya Tuhan yang tahu.
ingat, yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk.
apa yang kita lakukan semuanya pasti terbalas samaada cepat atau lambat.
fikir sebelum buat !
sekian.

*tiada kene mengena dengan sesiapa, hanya pandangan dari pengalaman ;)
 *keep smiling



Sunday 26 May 2013

ho ho ho balik kampung :)

hai hai assalamualaikum :)
pada hari jumaat lepas bersamaan dengan HARI WESAK , ekin & exco kelab ekonomi telah mendaki BUKIT BROGA dan bermandi manda di SUNGAI TEKALA buat kali yang kedua :) malam sebelum pergi, ekin langsung tak boleh lelapkan mate sebab menginap di kolej Aminudin Baki, tempat baru, susah nak tido :( pada sebelah petang, tepat jam 4 petang, ekin bersama 4 orang exco kelab ekonomi telah  pulang ke kampung najah di IJOK, SELANGOR (dekat dekat dengan kuala selangor) perjalanan mengambil masa selama 3 jam walaupun jarak ke Ijok tak la jauh mane, jalan jem + hujan lebat. ekin drive dengan penuh hati-hati, kereta orang, so drive sopan sikit :)

setelah membeli pelbagai buah tangan, kami sampai ke rumah nenek najah, yang ade kat rumah tu hanya nenek dan atok najah je :) so boleh la kami buat macam rumah sendiri, hehe, sampai je sane, perut kami semua dah kriokk kriokkk, kebetulan tadi kami beli maggi dan nugget, so masak maggi dan nugget je laaa, makan maggi panas-panas time hujan memang sedap, masak pulak secara bergotong-royong. masak maggi sampai 5 orang, wakaka. lawak lawak !


malam tu, takde aktiviti yang kami lakukan selain makan, makan dan terus makan sambil berbual bual dengan nenek najah, sporting gilaa laa nenek najah, we like you damn much lah nenek <3 malam tu semua tidur awal sebab penat sangat kecuali ekin dengan tikah. keesokkan paginya, najah telah menyediakan sarapan pagi untuk kami, kami berempat sedap je tido atas katil yang empuk, lenaaa, sarapannya sangat sedapppppp, 'pandai' najah masak ! hahaha, sambal telur masin, nasi goreng tawar :P wakakaka. tapelaa cuba lagi ye najah, jangan bagi bakal mak mertua makan camni nanti, kene reject kank, haha

selesai sarapan, kami mengemas rumah nenek & susun atur perabot, angkat meja, angkat kerusi, selepas tu semua tertidur, terok punye anak dara :P selepas makan tengahari dan solat zohor kami pulang ke UKM. dalam perjalanan kami singgah di beberapa mall untuk mencari teddy bear besar, ke hulu ke hilir cari mall. akhirnya sampai ke UKM jam 10.30 malam, hampir 8 jam perjalanan kami, penat :( tapi ini adalah antara best moment bersama, kami jugak dapat nama baru, wakaka

eykin = cikano
najah = ijaati
tikah = eyka
siti = aishah
aya = su



3s = sahabat sejati selamanye :)
*mule mule ekin engat 'salam senyum sapa' , ye laa kempen 3s kan*

sesi pembentangan II

hai hai assalamualaikum
entry kali ini nak sambung mengenai sesi pembentangan untuk tugasan microsoft powerpoint :) Alhamdulillah pada minggu ini dugaan yang dihadapi semakin berkurang. sesi pembentangan berlangsung dari pukul 8 pagi - 5 petang. disebabkan jadual yang padat dengan kelas dan menguruskan perasmian program TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN, ekin hanya sempat melihat pembentangan dari jam 8 pagi- 11 pagi sahaja. kecewa :( nak tengok semua kumpulan membentang :(

kumpulan 6
tajuk : ilmu pertolongan cemas
pemilihan tajuk yang memberi informasi dan manfaat kepada semua. pembentang menggunakan tone suara yang sesuai dan bersemangat, video yang bermanfaat dimana ahli kumpulan 6 mengajar cara melakukan pertolongan cemas, tapi terdapat kekurangan dimana tiada transition dan sedikit lagu pun di dalam video. kesimpulannya , gud job :)


kumpulan 5
tajuk : Nostalgia zaman kanak-kanak
bijak memilih tajuk. mengimbau kenangan indah di zaman kanak-kanak, semua yang berada di dalam kelas sangat tertarik dengan tajuk ini, sangat menarik ! pembentang membentang slide dengan nada yang sangat ceria dan bersemangat tetapi ade sedikit keraguan di dalam penghasilan video.


kumpulan 11
tajuk : gubahan
tajuk yang dipilih agak umum tetapi mendatangkan minat kepada sesiapa yang baru hendak mengenal gubahan. pembentang sangat bersedia, walaupun syida tak sihat, dia tetap memberikan yang terbaik, good job sayanggg :) video kumpulan ini ade sedikit masalah, suara tak keluar dan transition. tapi ekin tahu mereka dah berusaha yang terbaik :) 


kumpulan 16
tajuk : stress
tajuk yang umum dan menarik kerana semua mahasiswa sering mengalami keadaan ini. slide presentation menarik, video pon menarik, pandai korang berlakon :) tekanan itu lumrah kehidupan! good job kumpulan 16 :)


kumpulan 10
tajuk : aplikasi mobile
pemilihan tajuk yang lebih tertumpu kepada golongan yang tidak mempunyai smartphone, jadi bagi yang dah ade smart phone kurang tertarik sebab hampir kesemua yang dibentangkan telah diketahui seperti viber whatsapp dan instagram. video oke jep :)


kumpulan 4
tajuk : pakaian tradisional di Malaysia
tajuk yang simple tapi menghasilkan pembentangan yang menarik, nak puji nie, video korang sangat sangat awesome, tahniah ! tak memerlukan suara pon, background muzik je, sangat kreatif :)


kumpulan 7
tajuk : coklat
presentation kumpulan ini oke jep, tajuk yang ekin suka sebab ekin suka makan coklat, nyumnyum. video cara buat coklat pon oke jep :)


kumpulan 9
tajuk : parodi
pemilihan tajuk bersesuian dengan isu semasa yang tengah meletop sekarang, jadi presentation kumpulan 9 berjaya menambat hati kami. video yang sangat lucu. menarik menarik ! parodi s2 , haha


itu sahaja komen dari ekin, mintak maaf jika ade yang terase, nie ape yang ekin rase, ekin bukan profesional untuk menghakimi tugasan anda semua :) btw semua dah cuba buat yang terbaik :)


prank untukmu

hai hai, assalamualaikum, semalam merupakan hari yang paling indah buat ekin dan cinta hati ekin di UKM ( EXCO KELAB EKONOMI ). setelah lame kami sebagai adik adik junior nie rancang, akhirnya semalam berjaya jugak kenekan PRESIDEN kesayangan kami yang hensem + sporting + caring + loving :) beliau ialah abang ISMAIL FARUQI, tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak kelab yang ekin penah join, inilah satu satunya kelab yang ekin tersangat sangat sayangg, ukhwah antara kami terlalu erat, loveyouallsoooomuchhhh <3

22 may 2013 merupakan birthday abg mail yang ke 21, kami adik adik junior merancang nak celebrate birthday dia :) kami ajak semua exco kelab pergi ke I-CITY Shah Alam dengan alasan untuk mengadakan MAJLIS MAKAN MALAM KELAB, jauhh kan :D disebabkan malam tu ade meeting AGM antara MT kelab & PMFEP, jadi ade antara kami yang terpakse datang ke ICT lewat, dalam pukul sebelas malam, semua exco telah berkumpul di I-CITY, ade la 2 3 4 orang yang dah lapar sangat, perut dah kriukk kriukkk, so terpaksa laa lepak restauran untuk makan, (padahal dalam kereta ain punye la banyak makanan untuk celebrate birthday abg mail = BURGER BAKAR, PIZZA HUT, KEK COKLAT ) kami lepak di restauran tu agak lame sehingga la detik jam 12 malam, jengjeng BIRTHDAY ABG MAIL. najah memberi isyarat, dan kami pon menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY' orang-orang lain dalam restoran pon join sekali, kelakar betul :D selepas tu kami buat macam bese, makan lollypop beramai-ramai sambil tangkap gambar dengan birthday boy, (buat-buat macam tade prank, haha) lepas puas jalan-jalan dan tangkap gambar dekat I-CITY yang penuh dengan lampu tu, kami pon bertolak pulanggg :) haaaaaa, maka disinilah bermulanya drama kami, hewhew



4 kereta bergerak sekali, yang pasti kereta pelakon utama mestilah kat depan kan :) cer teka sape pelakon utama? haha, mestilah saudari EYKIN AZMY, ehhh sape tuh sape tuh, saye laaaaa :P setelah bergerak dalam 3km, kereta yang dinaiki oleh dalang-dalang utama iaitu ekin dan najah berhenti secara tibe-tibe di tepi jalan, belum sempat berhenti pon, ekin dah bukak pintu, keluar dari kereta dan berlari ke longkang, nak muntah sangat-sangat, dengan keadaan tudung yang teramat selekeh dan dalam keadaan merangkak, ekin berpura-pura nak muntah, REAL NAMPAK MACAM SAKIT ? kot laaa, mane ekin tao, najah dan aya pon datang usap-usap belakang ekin, waktu nie 4 4 buah kereta dah berhenti, semua dah keluar dari kereta dan kerumun ekin, nampak sangat diorang risau, HAHA *gelak jahat ! waktu tu ekin dengar ade yang kelam kabut nak cari air mineral bagi ekin minum, abg mail pulak dah macam blur sangat, nak tolong tak boleh, ekin pempuan dia laki, so dia tengok kat sebelah je, abg wafiey pulak keluar ayat cani

*tu laa, tadi ekin tu maen kucing, dah tao tak tahan dengan bulu kucing, pergi main jugak, tadi aku nampak dia dah tak oke !

tapi memang betul pun, ekin tak oke waktu kat I-CITY sebab bulu kucing :( semua duk mengadap ekin, kasi ekin minum, usap-usap belakang ekin, waktu nie, syida rahim dah bersedia dengan sekampit tepung, dan dia curah kat kepala abg mail, hahaha *tao laa ko tinggi, abg mail rendah syida oi, HAHA, waktu nie abang mail dah menjerit, KORANGGGGG ! kitorang semua nyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY lagi sekali, sambil keluarkan kek dalam kereta, ohhh so sweet :) lepas tu, mulalah sesi baling baling tepungg, abes ekin kene kejar dengan abang mail, dan dapatlah balasan, buat drama sangat kan,  MANDI TEPUNG :D


abes je drama nie, kami masuk kereta dan cari tempat yang sesuai untuk makan ^_^ terima kaseh korang, korang selalu buat ekin tersenyum, kegilaan korang membuatkan perangai ekin makin gila, boley lupa segala duka dan stress ketika bersama koranggg. TAKNAK BERPISAH dengan koranggg ! hujung sem dah :(

sampai UKM hampir pukul 3.30 pagi, esoknye ade discussion pepagi buta, mate pon macam panda but komitmen dalam menjalankan tugas lebih penting dari tidur :)

Wednesday 22 May 2013

renungan ^_^

hai hai assalamualaikum :)

actually tade isu berbangkit dalam entry ekin kali nie, cuma nak share sedikit kata-kata senior yang membuatkan ekin rase tertarik dan tak penah dengar sebelum nie :)

'JANGAN MESEJ SAYA, SAYA TAKUT SAYA JATUH CINTA, BIAR JODOH YANG MENENTUKAN TAKDIR KITA'

menarikkan?
 first time ekin dengar, selalu orang akan cakap macam nie je...

'TUNGGU MESEJ DARI SI DIA, TIAP MASA NAK MESEJ, KALAU TAK RINDU'

dari sini kita boleh lihat dua prinsip yang berbeza dalam diri dua individu tersebut, seorang mengharapkan cinta yang halal selepas diijabkabulkan dan seorang mengharapkan cinta yang belum pasti penghujungnya :) renung-renungkan, dimanakah kita ?

*di putrajaya 3.00 a.m*
*bersama keluarga kecilku*
*usrah tengah-tengah padang*
*topik hangat : cinta & remaja*
*pandangan hebat dari insan-insan yang hanya menginginkan percintaan selepas nikah*

-eykin- -syida- -najah- -aya- -siti- -tikah- -dayah-
 -abg mail- -abg wafiey- -kak lin- -kak uka-

Sunday 19 May 2013

sesi pembentangan i

hai hai, assalamualaikum semua ^_^
pada 9 mei 2013 yang lepas, kelas APLIKASI KOMPUTER mengadakan sesi perbentangan MICROSOFT POWERPOINT yang pertama, tapi hari ini hari YANG PALING MALANG buat group ekin, huhu. kelas bermula pada pukul 8.00 pagi, tapi sir sengaja melambatkan dirinya untuk memberi peluang kepada kami, tapi ade jugak yang datang lambat ! sabar je laaaa. dah laa ade yang datang lambat, kami yang dah ade kat dalam lab pulak, tade sorang pon yang pergi transfer slide dan video pembetangan ke komputer hadapan, sori sir ! melambatkan lagi keadaan.

selepas tamat sesi transfer slide & video, sir pon cabut undi untuk menentukan group mane untuk present dulu, ALHAMDULILLAH bukan group ekin, tangan ekin dah sejuk, maybe nervous sikit kot, group yang kene present ialah group 12 (group fatin mahizan) mereka membawa tajuk 'PANTANG LARANG'. sangat menarik, persediaan mereka untuk pembetangan hari ini sangat memuaskan, mereka membentangkan pantang larang bagi setiap kaum di Malaysia iaitu melayu, cina dan india. kami mendapat pengetahuan baru disini. tahniah GROUP 12, anda dah buat yang terbaik :) tapi masa untuk tayangkan video mereka, speaker tak berfungsi, ekin dah tak senang duduk, macam mane kalau group ekin kena present nanti, dah laa video kami fully suara, kalau takde suara baek takya tunjuk !

selepas tamat presentation GROUP 12 dengan video tanpa suaranya, sir cabut cabutan kedua, haaaa GROUP 2? group ekin tu, kami satu group yang terdiri daripada EKIN, MIRA, ZATY & HARIS, melangkah kehadapan. selepas memberi salam dan memperkenalkan diri, kami membuka video yang telah kami buat, tapi sayangggggggg, takde suare ! ekin dah rasa sedih dah time nie, penat je ekin buat kalau macam nie :( tetibe sir kate STOP ! haaa kenapa kenapa? then sir suruh budak-budak laki kelas ekin pergi betulkan speaker, take time jugak laaa, still tak boleh, dan akhirnya sir sekali join betulkan speaker. lame sangat! lepas tuh sir suruh 3 orang budak laki balik bilik mereka untuk amek speaker mereka datang lab. selepas mereka sampai, sir bagi kami semua pergi keluar dan rehat 5 minit. time ni jugak laa, wallet si naem nak hilang, tertinggal dalam toilet, kecohhh dah kelas kami.

selepas 5 minit, kami semua dibenarkan masuk kelas, yeahhhh speaker dah elok, GROUP 12 dapat tayang video mereka dengan suara yang jelas, baru laa best :) selepas itu GROUP ekin kembali present, baru je nak tayang video, ade manusia hantar wallet naem, tak tao sape, tapi tapi ! naem dengan ammar pulak dah hilang dari kelas, pergi cari wallet, dah laa dua-dua tak bawak handphone, tinggal dalam beg, so presentation group ekin terhenti lagi sekali sebab sir nak pergi cari naem & ammar, huhu. LAGI SEKALI ! selepas dah jumpa naem dan ammar, kami start balik presentation, nak tayang video je, tetiba ade virus, video ekin sangkut-sangkut, berhenti present lagi! aihhhhh sape la pembawa virus nie :(

akhirnya, setelah semua masalah yang ade selesai, group ekin dapat present dengan aman, tenteram dan damai sehingga habis. ALHAMDULILLAH :) group ekin membawa tajuk 'KASUT'. tapi kesian sir, dalam sejarah, dalam masa 3 jam, hanya 2 group dapat present, KAMI MINTA MAAF sir !



nie video group ekin, ALHAMDULILLAH hasil usaha yang cukup tinggi, video group ekin antara top 3 :)






Sunday 12 May 2013

singkat tapi bermakna :)

hai hai, assalamualaikum :) entry ekin kali nie nak cerita pengalaman bersama adek-adek STPM yang sangat awesome ! untuk pengetahuan korang, pada 10 & 11 mei yang lepas, KELAB EKONOMI telah menganjurkan program bersama pelajar-pelajar STPM dari SMK PEKAN BARU, MUAR. adek-adek ini terdiri dari pelajar tingkatan 6 atas :) mereka terdiri daripada 32 orang pelajar dari jurusan ekonomi, kami sebagai penganjur telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik, tips menjawab STPM serta mempromosikan UKM kepada adek-adek tersebut.

untuk program ni, ekin menjadi SETIAUSAHA dan juga FASILITATOR kepada adek adek nie, ekin fasi untuk GROUP 2 bersama dengan ABG ISMAIL FARUQI, kumpulan kami terdiri dari adek-adek yang sporting dan banyak cakap, potpetpotpet macam ekin, so kami semua sangat serasi bersama :) mereka ialah ALIF, EZUT, AZAH, IZAH, AIN & WAHYU ! kami telah menggelar kami KUMPULAN MERAH-MERAH DELIMA, disebabkan banyak diantara kami yang sukakan MERAH termasuklah ekin. mereka semua  memanggil ekin kakak disebabkan ekin tak mengaku ekin 20  tahun, kalau mengaku jangan  harap la diorang nak panggil ekin kakak -_- sebab mereka kata muka & perangai ekin macam budak-budak, huhu.


pada hari pertama bersama mereka, ekin bertugas untuk menguruskan pendaftaran serta penginapan mereka. disebabkan mereka menginap di KOLEJ KERIS MAS dan bersebelahan dengan blok ekin, jadi ekin telah diberi tugas untuk menjaga mereka jika ada kes-kes emergency. tapi Alhamdulillah tiada ape-ape kes yang berlaku. hari pertama bersama mereka, kami hanya mengadakan sesi ice breaking serta LDK. disini kami ingin memupuk semangat berkumpulan, mempertingkat keyakinan diri ketika berhujah, menghormati orang lain. berusaha keras, dan berdisiplin :) sesi ini sangat menghiburkan.


tapi sayangg, pada hari kedua, ekin hanya dapat bersama mereka setengah hari sahaja, disebabkan abang yang tak sabar-sabar nak amek ekin, family dah rindu sangat la tu ^_^ sebelum ekin balik, ekin berucap di hadapan adek-adek untuk mintak maaf & wish GOOD LUCK untuk exam mereka next week, time tu jugak ekin telah membuat satu GROUP di FB untuk kami semua bergosip bersama.  UKM vs PEKAN BARU.


selepas selesai membuat dan add ahli dalam group nie, kami tangkap gambar bersama, selepas tuh semua adek-adek yang perempuan salam, peluk dan laga-laga pipi dengan ekin, haha, so sweet :) sambil-sambil tuh adek-adek yang lain semua nyanyikan lagu yang sedih untuk ekin, sebab tak dapat jumpe mereka dah, sebak plus terharu pulak ekin rase :/ 



pertemuan yang singkat tapi cukup untuk dijadikan kenangan indah bersama, malam terakhir mereka di sini, salah seorang dari mereka telah mesej ekin panjang cgt yang menyatakan mereka dah rindu ekin dan sedih ekin tak join sampai abes, adek adek sori, akak pon rindu adek-adek jugak ! ade jodoh kita jumpa lagi, GOOD LUCK STPM <3





Wednesday 8 May 2013

no title !

hello, petang ni mood aku lari sikit, aku tak tahu kenapa, suka sangat cani, tetiba je! padahal tadi bergelak ketawa je, bila duduk sesorang terus mood aku lari entah ke planet mane. what theeee ? entah laa tetiba aku teringat kat seseorang, sebab tu aku jadi macam nie kot.

ahhhh, aku susah nak percaya orang, yaa sangat sangat susah, so kalau dengan sesape yang aku nak rapat aku akan cuba selidik sedikit demi sedikit tentang dia secara senyap senyap sebab aku nak tahu sape diri dia sebenar, bukan nak cari keburukan dia atau ape, tapi itulah aku !

aku memang buat benda nie bila memerlukan, stalker orang tu betoi betoi dulu sebelum kami jadi sangat rapat, sebab apa ? sebab aku takut peristiwa lama berulang kembali, aku taknak rapat dengan orang yang memang tak sesuai dengan aku, tak kisah laa background dia ke, perangai dia ke, jiwa dia ke, ape ape je laaa. AKU DAH SERIK ! bercinta bagai nak rak, aleh-aleh putus jugak, sebab ape, sebab tak sehaluan la, mak tak restu la, curang laa, hipokrit depan aku laa, buat jiwa aku kacau tao tak ! sesuatu hubungan itu akan manis seperti gula-gula kapas pada mulanye, tapi selalu akan berakhir dengan rase peria kan. ini realitinya ! jadi mulai saat ini, aku kene lebih berhati-hati untuk rapat dengan sesiapa pon :)

aku pernah tak lalu makan, makan nasi sesuap pon tak mampu, nak buat tu takde mood, buat nie takde mood, asyek nanges je 24 jam, grrrrrrr, bengkak mate aku weyy. taknak dah benda nie berulang ! rasa macam bodoh sangat menanges sebab cinta ! dah laa selalu benda-benda yang mengecewakan jiwa aku nie jadi time time nak exam, saje je kan, nak uji aku kuat tak, yaaa memang aku kuat ! buat-buat kuat ! kawan-kawan selalu nampak aku ni tersenyum, ceria je, HAPPY GO LUCKY sangat, tapi hakikatnya hati aku menangis kalau aku sorang-sorang, banyak sangat kenangan yang aku sedang lupakan, tetapi kekadang muncul sendiri apabila orang-orang yang pernah rapat dengan aku tu cuba untuk pujuk aku balik, memang tak laa ! hati aku keras dalam hal-hal macam nie ! NO MORE !

mak rindu mak ! rindu nak cerita banyak benda kat mak ! mak laa dokter cinta yang terbaik untuk aku ! apa yang mak jangka tentang hubungan aku dengan seseorang selalunya betul :( imissyousomuch mum


Tuesday 7 May 2013

seharian bersama

 hai hai, assalamualaikum semua ^_^
entry ekin kali ni nak ceritakan seharian ekin keluar bersantai untuk menghilangkan tension assignment dan program-program yang bakal berlangsung tidak lama lagi. kebetulan ada yang mengajak, ekin pulak memang takde plan cuti weekend lepas, jadi on je laa :) seharian bersama ^_^ ke pelbagai destinasi yang belum pernah dijejaki sebelum ini.

PESTA BUKU di PWTC, KL > BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR > CENDOL BAKAR > SUBANG PARADE > UKM

seawal jam 8.30 pagi kami telah keluar ke PWTC untuk pergi menghabiskan baucar buku 1 Malaysia, keluar awal sebab takot KL sesak, tapi sampai je PWTC dalam pukul 9.10 pagi, memang dah ramai pun orang, parking kereta pun dah penuh, ahhhhh tak suke suasana yang crowded macam tu, dah laa memang tak berapa sihat :( setelah menghabiskan semua baucar buku di Gempak starz, Ujang, novel, buku ilmiah dan macam-macam buku lagi. (bukan baucar ekin pon)


seterusnya, kami bertolak ke BUKIT MALAWATI yang terletak di Kuala Selangor, jauh jugak nak pergi sana, dalam sejam lebih jugak laa, kami sampai ketika azan zohor berkumandang, setelah selesai menunaikan solat zohor, kami pon pergi menaiki bukit malawati dengan menaiki keretaapi (yang macam kat zoo) tak tahu name dia ape -_- bayaran masuk untuk dewasa ialah RM5 seorang. tapi kat atas tu cuma ade muzium dan macam tempat-tempat bersejarah je. orang-orang yang suka tentang sejarah, boleh laa datang ke sini, ekin suka sikit-sikit je -_- tapi pemandangan dekat atas bukit tu sangat cantik, boleh nampak laut lagi tao, so romantik ^_^ ade monyet-monyet berkeliaran disini, ramai pengunjung bagi makanan kepada mereka. ekin? grrrr tak berani !


tiket masuk RM 5.00
alang-alang dah sampai Kuala Selangor, kami pun singgah la di Gerai CENDOL BAKAR, yang terletak di  tepi jalan utama sahaja, gerai ni agak terkenal jugak laa dan ramai yang singgah minum dan menjamu selera di sini, pelbagai makanan juga turut dijual, haa jangan pandang remeh tao, gerai ni ade drive thru, ala-ala mcd gitu ! ekin try makan CENDOL VVIP , nyumnyum sedap :) setelah selesai menjamu selera, kami bertolak ke Subang Parade, setelah penat merayau-rayau, kami kembali ke UKM dengan selamatnya. babai :)




Sunday 5 May 2013

malam anugerah mahasiswa & amal

hai hai assalamualaikum :)


tanggal 3 mei 2013 telah berlangsungnya malam anugerah mahasiswa dan amal KOLEJ KERIS MAS yang bertempat di DECTAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA :) atau lebih dikenali sebagai dinner untuk pelajar-pelajar kolej keris mas, dinner ini berlangsung selama dua malam iaitu pada 2 dan 3 mei 2013, pada 2 mei telah berlangsungnya senior night, manakala pada 3 mei berlangsungnya junior night :) it all about ocean, itulah tema dinner tersebut, jadi ramai la yang membirukan suasana :)

junior night ? melibatkan pelajar-pelajar tahun satu dan dua :) yeahhh, ade la jugak senior bersama kami kan, satu meja sepuluh orang, dan kami berhak memilih meja yang kami suka, seperti biasa, ekin akan pilih di posisi belakang, senang sikit nak buat kerja sendiri kan. majlis bermula pada pukul 8.30 malam, ekin bertolak dari kkm dalam pukul 8 malam, naseb baek laa ade kereta sepupu, kalau tak macam kelakar je pakai dress,tapi nak bawak motor pergi dinner, haha





secara keseluruhan, makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja, jika diberi skala, mungkin hanya 5/10 , huhu, tapi yang best, ade ais krim, nyumnyum :) persembahan pula dalam 8/10, banyak persembahan menarik disediakan, ade juga artis jemputan seperti NASH dan kumpulan-kumpulan lain :) 

Wednesday 1 May 2013

mail merge

hai hai assalamualaikum <3
hari ini jom ulangkaji sikit tentang mail merge, takot dah lupe, dah lame meninggalkan MICROSOFT WORD nie :) so, jom kita belajar step by step.

1. Buat data di MICROSOFT EXCEL


2. Membuat TEMPLATE di Microsoft Word


3. Melakukan proses Mail Merge di Microsoft Word seperti berikut :


4. Proses Mail Merge


5. Finish ! inilah hasil Mail Merge yang diperoleh :)


* diharapkan tutorial yang ringkas ini dapat membantu, babai :)

putrajaya

hai hai assalamualaikum :)
BUKIT BROGA > SUNGAI TEKALA > PUTRAJAYA > PUTRAJAYA again :) 
semua nie dalam satu hari sebenarnye, dari pukul 5 pagi hingga 12 malam barulah tamat perjalanan ekin untuk hari ahad lepas, penat tu memang penat, rasa nak tercabut tulang-tulang nie, ye laa daki bukit kot , tapi kepuasan yang dapat tu lebih penting, enjoy bersama kawan kawan :)

so, entry kali nie nak sambung untuk destinasi yang terakhir iaitu putrajaya. yaa, lepas je lunch dengan budak-budak kelab ekonomi, ekin & tiga orang kawan lagi buat idea gila, nak terus g putrajaya, padahal mata dah tak larat bukak, kaki dah saket saket, tapi tetap semangat nak g putrajaya, tapi dua kereta lagi dah tak mampu nak pergi sebab malam nanti diorang terpaksa ke KL untuk tinjau tempat untuk program kami dua minggu lagi.


akhirnya, kami satu kereta je yang meneruskan perjalanan ke putrajaya (aku, najah, aya, ain) alaa bukan jauh pon, haa seperti yang semua sedia maklum, kalau dah sampai putrajaya, trafic lightnye bukan main laa banyak, jalan kejap, kene benti, jalan kejap, kena benti, asyek asyek lampu merah, grrrrr, tension betul ! oleh itu, untuk menghilangkan rasa tension nie, kami pon buat kerja gila, tiap kali lampu merah, kami tangkap gambar dalam kereta, sewel sangat orang-orang kereta sebelah tengok ! haha. sampai je MASJID PUTRA, kami diberi hood untuk dipakai (sebab baju kami pendek) kami menunaikan kewajiban dahulu sebelum berjalan-jalan di putrajaya, pukul 4 petang kami pulang ke UKM, ekin drive, yang laen dah lena dalam kereta, ohhh kejam korang ! haha sampai je UKM ekin terus pengsan diatas katil, penat sangat weyy.


pada sebelah malam pula, ekin pergi lagi sekali ke putrajaya, tapi pergi ALAMANDA untuk dinner :) malam nie, ekin makan kek SECRET RECIPE, nyumnyum ade orang belanja, thankyousoomuch :) lepas kenyang makan kami pusing-pusing di sekitar PUTRAJAYA dan mencari jalan untuk ke masjid besi, sebab pada sebelah petang tadi ekin blur, tak tahu cane nak pergi masjid besi tu, hehe, suatu hari nanti ekin teringin nak menunaikan solat di MASJID BESI, inshaALLAH :)