Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Saturday 22 June 2013

berakhir tahun 1

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
sekarang menunjukkan jam 6.10 minit petang,
aku masih ternanti-nanti ketibaan 
abah, mak, abang & adik untuk mengambilku di
kolej keris mas, Universiti Kebangsaan Malaysia
sempena semester break !
3bulan :)

terasa baru sahaja aku mendaftarkan diri di sini,
sebagai mahasiswa Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian,
tetapi hari ini, 
aku telah berjaya menempuhi tahun pertamaku selama dua semester dengan jayanya,
Alhamdulillah, bersyukur padaMu ya Allah kerana diberi kesempatan untuk mendapatkan secebis ilmuMU disini,
bersyukur kerana dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang banyak mengubah hidupku,
bersyukur dapat belajar dari kesilapan-kesilapan lampau setelah aku berada disini,
bersyukur, sangat bersyukur.

sepanjang dua semester ini,
pahit, manis, tawar, masin telah ku tempuhi,
pelbagai rintangan & cabaran,
pelbagai kenangan indah telah dicipta,
semoga semua ini kekal dalam ingatan
dan menjadi panduan hidupku kelak.

ampunkan salah & silap aku selama ini,
mungkin secara sedar atau tidak,
aku telah menyakiti hati kalian,
aku insan kerdil,
tidak boleh lari dari kesilapan.


3 bulan aku bakal meninggalkan UKM, 
satu jangka masa yang panjang,
pasti aku merindui suasana kehidupan seorang mahasiswa,
rindukan sahabat-sahabat aku :(
SELAMAT TINGGAL UKM !



No comments:

Post a Comment