Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Friday 21 June 2013

takdir

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
takdir ? 
apa itu takdir ?
bagi aku takdir adalah ketentuan Allah untuk setiap perkara,
sepahit mana atau semanis mana pun takdir Allah,
kita sebagai hambanya yang kerdil harus terima dengan hati yang terbuka

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

kita sebagai hambanya perlu berfikiran positif,
mungkin hari ini Allah menguji kita sehebat-hebatnya,
sehingga kita fikir kita tidak mampu untuk hadapi semua ini,
tapi ingatlah Allah tidak akan menguji diluar 
kemampuan hamba-hambanya,
ingat juga satu perkara,
mungkin ujian Allah itu ada hikmah disebalik
yang mendatangkan kebahagiaan yang hakiki untuk hambanya kelak
agar kita mengingatiNya selalu.


kita harus bersyukur kerana diberi fizikal yang sihat dan sempurna,
adakah dengan kesempurnaan ini kita boleh lalai dengan dunia?
yaa memang segalanya sudah ditetapkan,
tapi tidak semestinya kita menunggu hidayah itu datang sendiri
jodoh yang telah ditetapkan dicari bagai nak gila
tapi hidayah Allah tidak pula kita mencari
oleh itu, jangan bergantung kepada takdir,
kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal 
untuk mengubah takdir hidup kita.

1 comment:

  1. ya betullll..usaha + doa + tawakal = bahagia dunia akhirat :D

    ReplyDelete