Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Friday, 14 June 2013

sahabat

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, terlalu bersyukur kerana aku dapat berdamping dengan sahabat-sahabat yang selalu bersama aku dikala suka & duka. terima kasih sahabat kerana selalu menyokong aku untuk terus istiqamah, hari ini mungkin hari pertama aku keluar, aku taknak keluar dari bilik beberapa hari ini kerana tidak yakin dengan diri sendiri :/ tiada sesiapa yang tahu punca aku jadi begini, biarkan ianya menjadi rahsia aku denganNya. hari ini aku memberanikan diri keluar dengan penampilan baru, yaa ramai yang bertanya dan melihat aku dengan pelik, kerana mereka kenal cara pemakaian aku sebelum ini :( aku hanya mampu tersenyum

sudah berminggu aku memasang niat untuk solat berjemaah di surau seksyen 16,bangi dan berbuka puasa bersama di luar UKM. Alhamdulillah hari ini, niat aku tercapai, terima kasih sahabat. ini antara detik indah aku bersama kalian. semasa solat berjemaah tadi, hatiku terusik, tambahan pula suara merdu si imam yang membuat aku terpukau dengan bacaan-bacaannya, YA ALLAH, kuatkan hambamu ini :/

terima kasih sahabat terutamanya najah kerana menjadi sumber inspirasi & memberi nasihat kepada aku untuk berubah, tegurlah aku jika aku lalai, tegurlah aku jika aku kembali pada asal, dugaan aku akan menjadi semakin hebat kelak, aku tahu itu dan aku sedang berusaha mencari kekuatan :/ 


#perubahan secara perlahan, tidak terlalu drastik, doakan aku :)

1 comment:

  1. InsyaAllah..amin :)teruskan ekin..chayokkk :D

    ReplyDelete