assalamualaikum :)
hai hai, rasenye macam dah lame tak update blog nie, maklumlah cuti semester dah bermula, jadi aku banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang :) hari nie aku nak tulis mengenai pengalaman baru aku. Alhamdulillah pada 3 Julai 2013 yang lalu, aku telah menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang islam, menunaikan rukun islam iaitu zakat. satu pengalaman yang baru, selama ini ayah yang membayar zakat fitrah untuk aku, aku tak pernah melihat pun proses akad yang berlansung, tapi pada hari tersebut Alhamdulillah aku sendiri yang melakukan akad terhadap zakat simpanan aku, syukur, satu kepuasan, sukar digambarkan perasaan itu :)
Firman
Allah yang mewajibkan zakat yang bermaksud:
“Dirikanlah
sembahyang dan keluarkanlah zakat”
(Surah
Al-Baqarah:43)
Zakat
adalah suatu fardhu yang diwajibkan ke atas setiap muslim yang memiliki harta
yang cukup nisab (kadar yang dikenakan zakat) dengan
syarat-syaratnya sehinggakan harta kepunyaan orang gila dan kanak-kanak juga
dikenakan zakat. Adalah menjadi kewajipan ke atas wali (penjaga) mereka untuk
mengeluarkannya.Sesiapa yang mengingkari kewajipannya dengan sengaja sedangkan
dia mengetahui akan hukum tersebut maka dia telah menjadi kafir. Sesiapa yang
tidak mahu mengeluarkan zakat kerana bakhil atau memandang ringan terhadap
hukumnya maka dia menjadi fasiq dan telah melakukan satu kesalahan yang besar
serta mendapat dosa besar.
gambar diatas merupakan jenis-jenis zakat yang wujud, jadi jangan ingat zakat ni bayar masa bulan ramadhan je tao. tunaikanlah kewajiban anda sekarang !
No comments:
Post a Comment