Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Friday 5 April 2013

happy holiday ^_^

assalamualaikum ^_^
5 April 2013 ?? yesss ini bermakna esok dah mula cuti midterm bagi mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia, HOORAYYYYY ! masa untuk menenangkan jiwa, menghilangkan stress, pagi petang siang malam bersama keluarga tercinta dan jauh dari kehidupan seorang pelajar akan bermula :D betul ke ?? tapi seminggu je laa. pejam celik pejam celik, sekejap je seminggu tu nanti, percayalah :'(

cuti midterm ?? hmmm name je cuti, tapi buku dan assignment tetap kene bawak balik ipoh la, terlalu banyak, aihhhh :'( tambahan pula, habis je cuti nanti terus ade peperiksaan midterm, ohh god ! harap cuti nie aku mampu nak bukak buku walaupun rasa berat sangat mata nie nak bace buku-buku ilmiah nanti. (kalau majalah tu laju je) 


haa, kalau anda semua nak tahu, nie tiket ETS dari KL Sentral ke Ipoh untuk dua orang :) dua orang?siapakah lagi sorang? jengjeng ^-^ waaa tak sabar nak balek, 'IPOH AKU DATANG' :D tiket nie dah beli dua hari lebih awal dari tarikh nak balek, nak tahu kenapa?? beberapa minggu lepas, ekin nak balek ipoh naek ETS laa, nak beli tiket on the spot je, tapi nasib ekin malang sangat waktu tuh, terpaksa tunggu di KL Sentral selama 6 jam disebabkan tiket ETS ke Ipoh dah habis, ohhh God ! dah laa sorang-sorang, mula laa air mata laju je nak keluar. sejak tu dah rasa serik dan taknak beli on the spot lagi, tak nak sejarah lalu berulang kembali. akhir sekali, selamat bercuti semua, tahu ramai dah ade kat rumah tercinta sekarang, ekin je tak balek-balek lagi :( gunakan cuti ini sebaik mungkin bersama insan tersayangggg <3 babai

1 comment: