Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday 28 April 2013

broga ! berjaya ku tawan

hai hai assalamualaikum ^_^
3 hari yang memenatkan , jumaat dari tgahari smpai malam berada di KL (shoping time) , sabtu busy dengan majlis makan malam FEP smpai lewat malam , ahad pukul 5 pagi terpaksa berkumpul di FEP untuk bertolak ke BROGA bersama rakan-rakan tercinta :) budak kelab ekonomi ^_^

majlis makan malam FEP ^_^
kami bertolak agak lewat, lebih kurang pukul 5.45 pagi dengan menaiki tiga buah kereta, perjalanan mengambil masa dalam setengah jam untuk sampai di BUKIT BROGA yang terletak di semenyih dari UKM. untuk memasuki kawasan parking kereta disitu , kami dikehendaki membayar RM 2 , maka bermula lah ekspedisi kami untuk menawan BUKIT BROGA :)


mula-mula macam seram jugak, parking di kawasan kelapa sawit, gelap gelita, kami hanya ditemani 3 lampu suluh, awal awal lagi, senior kelab kami hampir terjatuh disebabkan jalan yang agak licin, dan tidak berani meneruskan perjalanan, tapi ianya tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan, ternyata terdapat banyak kawasan yang curam untuk sampai ke puncak, walaupun banyak cabaran yang dihadapi, seperti tertinggal air, tak buat warm up, kaki krem, muntah, hampir terjatuh, gayat dengan ketinggian, kami tetap berjaya sampai di kemuncak BROGA dengan selamat, tapi agak menyeramkan bagi aku yang sangat takut dengan ketinggian untuk turun dari kemuncak yang curam tu, mujurlah ada kawan-kawan yang sentiasa memimpin tangan aku :) 





4 comments:

  1. eykin.. pendek nye.. buat lah panjang lagi.. tak puas nak baca.. hehehe.. ^_^

    ReplyDelete
  2. untung arrrrr~~~~~~~
    Aku dah p lagi awal tau..:p

    ReplyDelete
  3. siti , tak mampu nak tulis panjang, terlampau penat , hahaha

    ReplyDelete