Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Monday 15 April 2013

tidur gelap gelap -_-

hai hai ASSALAMUALAIKUM ^_^
hari ini entry ekin nak bercakap tentang TIDUR, atau lebih detail lagi ialah kenapa perlu tidur dalam keadaan yang gelap dan risiko-risiko jika kita tidur dalam keadaan lampu terpasang :) aikss tiba-tiba je cakap pasal tidurkan, sebenarnya semalam ada rakan facebook ekin telah mengupdate status yang berbunyi begini .....


haa, macam tu la ayat status facebook dia, jadi ekin pon tetiba datang idea untuk menulis entry kali ini mengenail tidur, terima kasih lah awak sebab menjadi pencetus idea ekin, dah takde idea sangat dah nie nak tulis apa, hahaha :D

Berdasarkan artikel-artikel yang ekin baca sebelum ini, memang tidak elok untuk tidur dalam keadaan lampu terpasang. Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang berbunyi begini "Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim).

Sesiapa yang tidur dalam keadaan lampu yang menyala berisiko untuk menghidap penyakit leukemia. Ini berdasarkan artikel yang pernah ekin baca sebelum ini. Hal ini kerana, para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana yang gelap untuk menghasilkan bahan kimia untuk melawan kanser. Ketika menyalakan lampu seperti lampu tidur akan menyebabkan penghasilan bahan melatonin terhenti. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap yang dapat menghasilkan melatonin. Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah DNA dan ketiadaan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya. Melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi atau mencegah penyakit seperti kanser payudara atau prostat. 

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.



kesimpulannya, tidur gelap-gelap tao -_-

No comments:

Post a Comment