Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Saturday 6 July 2013

kerana Allah kita bertemu :)

hai hai, assalamualaikum semua :)
entry nie copy paste hasil penulisanku di blog kelab ekonomi, 

tujuan aku tulis entry kat blog nie adalah untuk menceritakan kisah kami di barisan kepimpinan kelab ekonomi 'kisah aku dan mereka'. pada mulanya di semester pertama, hubungan kami hanyalah biasa-biasa sahaja, berjumpa di dalam kelas, dewan kuliah, kiosk tempat menjamu selera, surau tempat menunaikan kewajiban serta meeting-meeting kelab, bertegur ala kadar kerana tidak mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain. hubungan kami hanya suam-suam kuku. tak terasa rindu pun kalau seminggu tak jumpe, takde hal lahh. teringat lagi sewaktu semester ini seperti ade jarak yang amat jauh antara senior dan junior, hanya sesetengah senior je yang berani aku tegur, yang lain.... ohhh tidak ! nampak mereka rasa nak lari je, tak tahu kenapa, mungkin sebab tak pernah bertegur kot dan mereka nampak macam sombong :( 

tapi bermulanya semester kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia ini, segala-galanya telah berubah. sehari tak jumpe bagai setahun lamenye, ewahhhh ^_^ betul tak tipu ! hubungan kami semua bertambah erat seerat-eratnya. ini kerana terlalu banyak program, aktiviti santai serta laman sosial facebook yang menyebabkan kami kerap bersama tidak kira diwaktu subuh, pagi, petang, malam atau tengah malam. bermula dengan program jejak varsiti, Lost World Of Tambun, gelandangan di Kuala Lumpur, STPM bersama adik-adik Pekan Baru, sambut birthday presiden di I-city Shah Alam, study group dari pagi hingga tengah malam, berbuka puasa bersama-sama, dinner, mendaki Bukit Broga, mandi-manda di Sungai Tekala, lepak Putrajaya, berBBQ di Port Dickson serta meeting yang kerap membuatkan aku merasakan mereka seperti keluarga kecilku di sini. sebuah keluarga yang bahagia, sangat bahagia walaupun kekadang pernah juga berlaku perselisihan faham antara satu sama lain, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita di dalam sebuah kelabkan :) tapi bagi aku sebenarnya perselisihan faham ini penting untuk kita semua mengenali seseorang dengan lebih rapat.

keluarga? ya seperti keluarga.. merekalah tempat aku meluahkan perasaan, berkongsi suka dan duka, bergosip cerita-cerita panas, berkongsi rahsia, menangis teresak-esak serta bergelak ketawa yang terlampau. mereka mempunyai personaliti dan sikap yang berbeza-beza membuatkan kami saling melengkapi :) si Najah yang kaki bercakap, si Siti yang diam-diam ubi berisi, si Syida yang kadang-kadang over react, si Ain dengan reaksi muka yang pelbagai, si Aya yang agak pendiam, si Zaf yang pekat loghat kedahnye, si Tikah yang suke buat muka blur, si Dayah si artis nasyid, si Syafiq budak ganu, si Faiz yang ala-ala profeser, si Firdaus yang kadang-kadang kelakar, si Peo yang banyak skandel, si najihah yang terlebih manja, si ainsyaliati yang busy kalah menteri, si Abang Mail yang sporting, si Abang Wafiey ala-ala pak ustaz, si Kak Lin ala ala seorang ibu, si Kak Syud yang sangat tegas, si Abang Fikri yang sukar diramal, si Abang Azren dan Kak Suha yang pendiam. walaubagaimanapun sikap mereka, aku tetap sayanggggg mereka sangat-sangat <3

disebabkan personaliti, sikap dan cara mereka juga membuatkan aku terdorong untuk berubah, sudah lame terdetik tapi tak terdaya untuk melakukan perubahan keatas diriku ini, terlampau banyak dugaan dan takut tidak mampu istiqamah dalam melakukan penghijrahan, tetapi dengan adanya mereka, seperti membawa satu kekuatan, segala nasihat dan dorongan dari mereka membuat aku lebih kuat dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan, syukur Alhamdulillah akhirnya aku berubah juga walaupun masih lagi baru melangkah. doakan aku untuk terus istiqamah. terima kasih, mereka sahabat dunia akhirat, insyaAllah :) kerana Allah kita bertemu dan insyaAllah ini adalah antara pertemuan terindah dalam hidupku. semoga ukhwah antara kita berkekalan hingga ke akhirnya, bukan hanya di zaman universiti sahaja.




No comments:

Post a Comment