Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Wednesday 27 March 2013

ohh cesmed !

assalamualaikum ^_^
hari nie dari pagi sampai malam ekin dengar forum, ceramah dan belajar secara praktikal tentang keusahawanan, USAHAWAN ! USAHAWAN ! bosan tak?? tapi Alhamdulillah ekin tak rase bosan pon, rase seronok jugak dapat ilmu yang baru ^_^ untuk pengetahuan korang, di kolej tercinta iaitu KOEJ KERIS MAS, UKM :) ekin terlibat atau sebahagian dari ahli KEUSAHAWAN kolej, nak kate aktif kolej sangat, tak la jugak, tapi kalau ada program selalunya ekin join laaa :)

Pada 27 Mac 2013, kami pelajar-pelajar tahun satu UKM dikehendaki berkumpul di DECTAR untuk mendengar kuliah umum yang kedua anjuran cesmed ! wajib pergi, kedatangan di ambil ! tapi tapi, ekin pergi dengan rela hati disebabkan orang yang akan sampaikan kuliah itu ialah DR. IRFAN KHAIRI ^_^ wahhhh, JUTAWAN INTERNET tu, serious teruja nampak dia secara live, hensem dan jambu orangnya, dalam kuliah ini, beliau banyak bercerita tentang pengalaman beliau untuk menjadi jutawan, sangat menarik :) mase beliau berumur 18 tahun, pendapatan bulanan beliau RM60k, sekarang cuba teka berapa agaknya?? tak dapat nak teka kan, haha


Pada malam hari pula, ekin mendengar ceramah tentang CESMED dan lebih terperinci tentang KOSISWA :) kosiswa nie adalah tempat pelaburan bagi pelajar UKM, untuk permulaan ekin labur sikit je, test dulu , kalau agak menguntungkan baru laa boleh melabur banyak :) planning tu penting kan!

 Alhamdulillah, SLOT KEUSAHAWANAN anjuran SEKRETARIAT USAHAWAN mendapat sambutan dan berjalan dengan lancarnya :D

1 comment: