Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday 24 November 2013

ekin kembali ;)

Assalamualaikum :)
dah terlampau lama tak tulis blog nie, macam dah tak reti je, macam dah takde entry je.
selama nie ekin menghilang tak ke mana pun, cuma mencari siapa diri ini & identiti yang diredhaiNYA :)

ALHAMDULILLAH
hanya itu yang mampu ekin ucapkan, hidup terasa semakin aman, indah, damai, tenteram, bahagia, damai dari ekin yang dulu setelah melakukan penghijrahan yang kecil ini, insyaAllah akan terus berhijrah kearah yang lebih baik, bukan hanya zahir sahaja tetapi yang didalam lebih utama, amin ya Rabb :) doakan ekin

sekarang ekin sedang berjinak-jinak dengan majlis ilmu, Alhamdulillah terlalu banyak majlis ilmu di sekitar kawasan UKM, Bandar Baru Bangi, Kajang & Putrajaya. selagi kuat kaki ini melangkah, selagi tiada halangan yang datang, insyaAllah akan muncul lah ekin ke majlis-majlis ilmu yang banyak menguatkan rohani ini, yaa betul ! dalam sebok kita mengejar duniawi, jangan kita lupa untuk mencari bekalan mahupun ilmu untuk kita menghadapNya kelak.

didalam penghijrahan dari ekin yang dulu ke ekin yang sekarang, Alhamdulillah banyak pertolongan yang ekin dapat, ekin yakin itu pertolongan dariNya yang disampaikan melalui hamba-hamba Allah yang sama-sama mahu berhijrah. tidak dinafikan, terdapat juga banyak rintangan yang ekin terpaksa tempuh, tapi kene kuat, demi sebuah PENGHIJRAHAN !

insyaAllah akan kembali menulis blog.
cabaran yang ditempuh, pengalaman sepanjang permulaan melangkah serta motivasi berguna disamping kisah-kisah merepek ;) nantikan *macam laa follower wujud lagi, HAHA

1 comment:

  1. ada ja follower :) sntiasa tggu update isu baru..hehe

    ReplyDelete