Hari ini adalah hari yang bersejarah buat sepupuku tercinta AMALINA dan tunangnye SYUKUR kerana mereka diijab kabulkan menjadi sepasang suami isteri yang sah , yeahhh memang wajah kedua mempelai nampak begitu gembira setelah diijab kabulkan. kahwin mude , mesti seronokkan ^_^ untuk pengetahuan korang sepupu aku tu baru je nak masuk 19 tahun , dah kahwin , aku bile lagi ?? HAHA , nampak tak kegedikan disitu , tak boleh tak boleh ! aku kene belajar dulu , abeskan degree , dapatkan segulung ijazah baru boleh fikir semua benda nie , diri sendiri pon tak terjaga lagi , ade hati nak jage anak orang kan . TAPI kan , kawin nie banyak tanggungjawab perlu dipikul , jadi fikir laa berjuta kali sebelum korang nak kahwin nanti , sama ada dah betul betul bersedia atau tak , kalau DAH , teruskan je laa niat nak membina masjid tu ^_^
Selepas tamat majlis khatam Al-Quran , rombongan lelaki pun tiba , ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang , cuace tengah hari tuh pon damai je , angin sepoi sepoi bahasa . kedua mempelai berjalan di laluan 'red carpet' dengan memakai baju bertemakan warna KUNING , dah macam perkahwinan diraja aku rasa :)
ALHAMDULILLAH majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit dugaan yang muncul , aku doakan korang bahgia dan berkekalan hingga ke akhirnye , SELAMAT PENGANTIN BARU ^_^