Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday, 24 November 2013

ekin kembali ;)

Assalamualaikum :)
dah terlampau lama tak tulis blog nie, macam dah tak reti je, macam dah takde entry je.
selama nie ekin menghilang tak ke mana pun, cuma mencari siapa diri ini & identiti yang diredhaiNYA :)

ALHAMDULILLAH
hanya itu yang mampu ekin ucapkan, hidup terasa semakin aman, indah, damai, tenteram, bahagia, damai dari ekin yang dulu setelah melakukan penghijrahan yang kecil ini, insyaAllah akan terus berhijrah kearah yang lebih baik, bukan hanya zahir sahaja tetapi yang didalam lebih utama, amin ya Rabb :) doakan ekin

sekarang ekin sedang berjinak-jinak dengan majlis ilmu, Alhamdulillah terlalu banyak majlis ilmu di sekitar kawasan UKM, Bandar Baru Bangi, Kajang & Putrajaya. selagi kuat kaki ini melangkah, selagi tiada halangan yang datang, insyaAllah akan muncul lah ekin ke majlis-majlis ilmu yang banyak menguatkan rohani ini, yaa betul ! dalam sebok kita mengejar duniawi, jangan kita lupa untuk mencari bekalan mahupun ilmu untuk kita menghadapNya kelak.

didalam penghijrahan dari ekin yang dulu ke ekin yang sekarang, Alhamdulillah banyak pertolongan yang ekin dapat, ekin yakin itu pertolongan dariNya yang disampaikan melalui hamba-hamba Allah yang sama-sama mahu berhijrah. tidak dinafikan, terdapat juga banyak rintangan yang ekin terpaksa tempuh, tapi kene kuat, demi sebuah PENGHIJRAHAN !

insyaAllah akan kembali menulis blog.
cabaran yang ditempuh, pengalaman sepanjang permulaan melangkah serta motivasi berguna disamping kisah-kisah merepek ;) nantikan *macam laa follower wujud lagi, HAHA

Wednesday, 31 July 2013

ku pinta !

yang berlalu biarkan berlalu
jadikan ia pengajaran dalam hidupmu
jua hidupku
mungkin apa yang terjadi suatu ketika dulu
adalah satu kesilapan yang sangat besar buat diriku 
pada masa kini

jika dulu
aku anggap itu adalah syurgaku
aku bebas melakukan apa sahaja
walaupun kadang-kadang
ditegah
dimarah
diri ini tidak pernah kisah
menganggap semua yang dinasihat
seperti mencurah air kedaun keladi
sedikit pun tidak tertinggal di hati kecil ini

kini
aku mulai sedar
aku harus berubah demi masa depanku
demi hidupku
demi mengejarMU

hari ini aku memberanikan diri 
menghubungimu kembali
untuk memastikan sesuatu
aku tekad
demi melakukan perubahan ini
semoga aku istiqamah 

aku berharap
walaupun permintaanku terlalu besar buatmu
aku berharap kamu sudi tunaikan
KU PINTA !



#semoga kita boleh berkawan kembali :(

#luahan ikhlas insan yang lemah :'(


Tuesday, 16 July 2013

ramadhan di UKM

assalamualaikum :)

dua hari berbuka puasa di TAMAN TASEK CHEMPAKA, BANDAR BARU BANGI
awesome !
ayam golek free, satay, kuih-muih, roti john, pelbagai jenis air 
nafsu semua nie nafsu ! haha


pengalaman baru :)
sayanggg korang