Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Saturday, 22 June 2013

berakhir tahun 1

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
sekarang menunjukkan jam 6.10 minit petang,
aku masih ternanti-nanti ketibaan 
abah, mak, abang & adik untuk mengambilku di
kolej keris mas, Universiti Kebangsaan Malaysia
sempena semester break !
3bulan :)

terasa baru sahaja aku mendaftarkan diri di sini,
sebagai mahasiswa Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian,
tetapi hari ini, 
aku telah berjaya menempuhi tahun pertamaku selama dua semester dengan jayanya,
Alhamdulillah, bersyukur padaMu ya Allah kerana diberi kesempatan untuk mendapatkan secebis ilmuMU disini,
bersyukur kerana dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang banyak mengubah hidupku,
bersyukur dapat belajar dari kesilapan-kesilapan lampau setelah aku berada disini,
bersyukur, sangat bersyukur.

sepanjang dua semester ini,
pahit, manis, tawar, masin telah ku tempuhi,
pelbagai rintangan & cabaran,
pelbagai kenangan indah telah dicipta,
semoga semua ini kekal dalam ingatan
dan menjadi panduan hidupku kelak.

ampunkan salah & silap aku selama ini,
mungkin secara sedar atau tidak,
aku telah menyakiti hati kalian,
aku insan kerdil,
tidak boleh lari dari kesilapan.


3 bulan aku bakal meninggalkan UKM, 
satu jangka masa yang panjang,
pasti aku merindui suasana kehidupan seorang mahasiswa,
rindukan sahabat-sahabat aku :(
SELAMAT TINGGAL UKM !



Friday, 21 June 2013

takdir

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
takdir ? 
apa itu takdir ?
bagi aku takdir adalah ketentuan Allah untuk setiap perkara,
sepahit mana atau semanis mana pun takdir Allah,
kita sebagai hambanya yang kerdil harus terima dengan hati yang terbuka

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

kita sebagai hambanya perlu berfikiran positif,
mungkin hari ini Allah menguji kita sehebat-hebatnya,
sehingga kita fikir kita tidak mampu untuk hadapi semua ini,
tapi ingatlah Allah tidak akan menguji diluar 
kemampuan hamba-hambanya,
ingat juga satu perkara,
mungkin ujian Allah itu ada hikmah disebalik
yang mendatangkan kebahagiaan yang hakiki untuk hambanya kelak
agar kita mengingatiNya selalu.


kita harus bersyukur kerana diberi fizikal yang sihat dan sempurna,
adakah dengan kesempurnaan ini kita boleh lalai dengan dunia?
yaa memang segalanya sudah ditetapkan,
tapi tidak semestinya kita menunggu hidayah itu datang sendiri
jodoh yang telah ditetapkan dicari bagai nak gila
tapi hidayah Allah tidak pula kita mencari
oleh itu, jangan bergantung kepada takdir,
kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal 
untuk mengubah takdir hidup kita.

sweet 20 :)

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)
Alhamdulillah, akhirnya tanggal 20 jun 2013 genaplah usiaku 20 tahun,
aku sekarang bergelar seorang dewasa,
 tidak lagi remaja,
tidak lagi kanak-kanak,
adakah semakin meningkat usia ini,
bertukarnya status kepada dewasa mampu membuat aku lebih matang?
berubah kearah kebaikan dan mampu istiqamah?

ya Allah permudahkan urusan hambamu ini, 
aku tahu dugaan yang diberikan adalah tanda Allah rindukan rintihan hambanya, 
Allah inginkan aku tabah untuk mencari kekuatan yang hakiki, 
tidak hanya seperti hangat-hangat tahi ayam.

aku sangat bersyukur, 
orang disekeliling sentiasa menyokong perubahan diriku
Alhamdulillah,
terima kasih sahabat-sahabat
kalian adalah sahabat dunia akhirat
inshaAllah.

terima kasih kepada semua yang wish birthday yang ke 20 ini,
terima kasih atas doa kalian,
aku tak mengharapkan sedikit hadiah pon,
tapi aku menginginkan titipan doa serta sokongan kalian buat diriku

terima kasih kawan-kawan yang memaniskan mukaku dengan jem kaya di tengah-tengah padang putrajaya,
terima kasih bawak aku pusing padang seperti orang buta,
terima kasih bawa aku menunaikan solat berjemaah di Masjid Besi,
terima kasih bawak dan teman aku shopping di Jalan TAR,
terima kasih atas nyanyian tepat jam 12 tengah malam didepan restoran,
terima kasih atas hadiah, kata-kata nasihat dan sokongan kalian yang membuat aku menangis
terima kasih atas sambutan birthday,
terima kasih atas kek secret recipe yang sangat sedap,
akan ku kenang semua ini sampai bila-bila
hingga hujung nyawa :)


bowling di alamanda beberapa jam sebelum 20 tahun :)
jam tangan ice = solat tepat pada waktu
powerbank = tetap berhubung
buku,kad dan surat = kata-kata nasihat dan sokongan yang membuat aku menangis
terima kasih awak :/ terharu
telekung = hadiah untuk diri sendiri supaya dapat mempertingkat ibadah kepadaNYA :)