Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Tuesday, 30 April 2013

sungai tekala

hai hai assalamualaikum
selamat hari pekerja bagi yang dah bekerja dan selamat bercuti buat yang tak bekerja lagi, tapi bercuti mengalahkan orang yang bekerja, haha. oke, entry ekin kali nie nak sambung kisah di BROGA :)


 selepas turun dari BUKIT BROGA dengan keadaan baju yang sangat kotor, mendaki kan ! kami semua meneruskan perjalanan ke SUNGAI TEKALA untuk bermandi manda di air terjun, sampai je kat kawasan air terjun tuh, kaki aku krem, aishhh spoil betul, naseb baek kejap je. selepas membayar seorang RM1 kami pon dibenarkan masuk di kawasan tersebut, serius tempat tuh cantik sangat, aku suka tengok keindahan alam macam nie, rase tenang sangat, dah dapat berendam dalam air, syokk wooo, main renjis-renjis air, lawan sape menyelam paling lama, buat gwiyomi dalam air, waaa kelakar kot, peo buat gwiyomi comel gilaa, aku yang perempuan nie buat pon bese-bese je :)




sambil kitorang bermandi-manda, kitorang ade jugak buat aktiviti yang berilmiah sikit, kami telah menggunakan kakak dan abang senior yang ade bersama kami untuk menerangkan major untuk kos ekonomi yang terpaksa kami pilih dalam masa terdekat ni. memang kami dalam dilema,tak tahu nak masuk major yang mane, setelah mendengar tazkirah dari senior-senior ni, akhirnya aku buat keputusan untuk memilih EKONOMI INDUSTRI & PENGANTARABANGSAAN sebagai pilihan pertama :) doakan aku dapat masuk majoring nie tao, amin.


Sunday, 28 April 2013

broga ! berjaya ku tawan

hai hai assalamualaikum ^_^
3 hari yang memenatkan , jumaat dari tgahari smpai malam berada di KL (shoping time) , sabtu busy dengan majlis makan malam FEP smpai lewat malam , ahad pukul 5 pagi terpaksa berkumpul di FEP untuk bertolak ke BROGA bersama rakan-rakan tercinta :) budak kelab ekonomi ^_^

majlis makan malam FEP ^_^
kami bertolak agak lewat, lebih kurang pukul 5.45 pagi dengan menaiki tiga buah kereta, perjalanan mengambil masa dalam setengah jam untuk sampai di BUKIT BROGA yang terletak di semenyih dari UKM. untuk memasuki kawasan parking kereta disitu , kami dikehendaki membayar RM 2 , maka bermula lah ekspedisi kami untuk menawan BUKIT BROGA :)


mula-mula macam seram jugak, parking di kawasan kelapa sawit, gelap gelita, kami hanya ditemani 3 lampu suluh, awal awal lagi, senior kelab kami hampir terjatuh disebabkan jalan yang agak licin, dan tidak berani meneruskan perjalanan, tapi ianya tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan, ternyata terdapat banyak kawasan yang curam untuk sampai ke puncak, walaupun banyak cabaran yang dihadapi, seperti tertinggal air, tak buat warm up, kaki krem, muntah, hampir terjatuh, gayat dengan ketinggian, kami tetap berjaya sampai di kemuncak BROGA dengan selamat, tapi agak menyeramkan bagi aku yang sangat takut dengan ketinggian untuk turun dari kemuncak yang curam tu, mujurlah ada kawan-kawan yang sentiasa memimpin tangan aku :) 





Tuesday, 23 April 2013

air oh air

hai hai assalamualaikum
hari yang membahgiakan :) bangun subuh tadi untuk melaksanakan kewajiban kepada Agama dengan senyuman yang sangat sangat lebar ( sampai ke telinga tao ) kenapa kenapa ?? haa untuk pengetahuan korang, bekalan air dah kembali di KOLEJ KERIS MAS, UKM. setelah 4 hari kitorang tak mempunyai bekalan air ! seksa wey seksa ! cuba laa bayangkan kalau kes emergency ( faham-faham sendiri laa ) tapi takde air, tak ke seksa nak tahan, arghhhhh itu laa yang terjadi kat aku :( dah laa sabtu ahad lepas ade exam midterm , pastu takde air, faham-faham sendiri laa pergi exam dalam keadaan mandi kerbau je laa . arggghhhhh pengalaman yang aku tak suka, tak fresh otak aku nak jawab exam :( tapi ALHAMDULILLAH aku rasa aku mampu jawab, betul ke tak, entah ! hahaha

aku bersyukur sangat sepupu aku baru bekerja kat NIOSH, dekat dekat dengan UKM laa, so dia sewa pangsapuri baru dibina dekat belakang KTM UKM tu, haa namenye VILLA TROPIKA. so aku pon amek kesempatan tidur atau pergi mandi kat rumah dia :) cantik la jugak pangsapuri tu, ye laa baru siap kan, rumah pun banyak kosong lagi, sangat-sangat sunyi tambah kalau aku datang waktu malam. so, takde laa rasa darurat sangat nak pergi amek air dalam baldi pastu nak angkut pergi mandi, berat weyyy, tercabut tangan aku :P



 tapi nak pergi rumah sepupu tu take time jugak laa, naseb baek dah ade motor. merempit je laaaa. kat pangsapuri tu ade guard jage kat pagar, so kena berhenti bagi tahu nak masuk dulu, rumah dia tingkat 6 pulak tu, naseb baek ade lift yang tak berapa nak siap lagi, memang memerlukan pengorbanan nak pergi MANDI ! kesimpulannya, sekarang aku sangat bersyukur sebab AIR dah kembali ! rindu bunyi air keluar dari SHOWER kkm <3

motor aku yang aku guna untuk kesana kesini :)