Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Friday, 1 March 2013

horoskop

hai hai ^_^ korang semua sihat ?? entry eykin kali ini nak mengimbau kenangan di sekolah rendah :)

dulu-dulu mase ekin sekolah, kalau bawak majalah pergi sekolah, lepas je terbuka halaman horoskop mesti ade soalan macam nie 'awak, awak horoskop ape ehh ?? kite cancer ! '  mesti ade kan kan ?? lepas tuh mula laa nak membangga atau memburukkan karakter masing masing, pastu sampai ade kawan kawan eykin yang percaye nasib diorang melalui pembacaan horoskop tersebut, ishh ishhh. bagi eykin, nak bace boleh, tapi jangan laa sampai percaye kan ?? benda tuh hanya ramalan, tiade kesahihan pon disebalik ramalan tuh :) . tapi eykin akui laa , ekin mmg suke pon bace horoskop-horoskop nie, kalau beli majalah, mesti halaman nie yang eykin bace dulu, gemini je laa, tak tahu laa kenape :D


untuk pengetahuan korang semua , eykin GEMINI (si kembar)  ;)
nie serba sedikit ramalan tentang diri eykin, tak payah percaye laaa :P

GEMINI ( 21May - 21 Jun )




SIFAT YANG MENONJOL
Emosinya tidak stabil dan pendiriannya tidak tetap. Cerdas dan pandai bergaul, serta mengerti bagaimana bersikap terhadap lawan bicara. Firasatnya pun tajam dan rajin bekerja. Senang dipuji, suka ingkar janji, namun pandai berdiplomasi.

PERCINTAAN
Tak boleh diramal, selalu berubah-ubah dan tidak mahu terikat.

PERGAULAN
Pandai bergaul dan membawa diri. Kerana pandai berdiplomasi, ia disukai teman-temannya.

PEKERJAAN
Otaknya yang cerdas dan kepandaiannya berdiplomasi membuat ia pantas bekerja di tempat yang berhubungan dengan orang banyak. Meskipun pembosan dan tak suka dinasihati saat bekerja, namun ia setia pada atasan.

PERKAHWINAN
Agar perkawinannya bahagia, orang Gemini harus mendapatkan pasangan yang tegas dan dapat menempatkan diri dengan benar. Kerana orang Gemini adaah orang yang berpendirian tidak tetap, sehingga harus ada yang mengendalikannya. Meskipun tak pandai mengurus rumah tangga, orang Gemini sangat mencintai keluarganya, bahkan melebihi cintanya kepada dirinya sendiri.

SIFAT-SIFAT POSITIF
Pandai bergaul, sopan, mulia hati, cerdas, pandai membawa diri, optimis dan seorang teman yang baik.

SIFAT-SIFAT NEGATIF
Mudah berubah pikiran, berpendirian tidak tetap, suka ingkar janji, senang dipuji, selalu tergesa-gesa sehingga hasil pekerjaannya tidak memuaskan.

Tuesday, 26 February 2013

penyatuan dua hati

23 februari 2013

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat sepupuku tercinta AMALINA dan tunangnye SYUKUR kerana mereka diijab kabulkan menjadi sepasang suami isteri yang sah , yeahhh memang wajah kedua mempelai nampak begitu gembira setelah diijab kabulkan. kahwin mude , mesti seronokkan ^_^ untuk pengetahuan korang sepupu aku tu baru je nak masuk 19 tahun , dah kahwin , aku bile lagi ?? HAHA , nampak tak kegedikan disitu , tak boleh tak boleh ! aku kene belajar dulu , abeskan degree , dapatkan segulung ijazah baru boleh fikir semua benda nie , diri sendiri pon tak terjaga lagi , ade hati nak jage anak orang kan . TAPI kan , kawin nie banyak tanggungjawab perlu dipikul , jadi fikir laa berjuta kali sebelum korang nak kahwin nanti , sama ada dah betul betul bersedia atau tak , kalau DAH , teruskan je laa niat nak membina masjid tu ^_^

Sebelum acara persandingan berlangsung , pagi tu diadakan majlis khatam Al-Quran , yaa sudah semestinye aku yang bersuare merdu nie terlibat same , orang laen khatam pakai tudung putih , aku sorang je sesat pakai tudung biru , unik namenyee , HAHA


Selepas tamat majlis khatam Al-Quran , rombongan lelaki pun tiba , ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang , cuace tengah hari tuh pon damai je , angin sepoi sepoi bahasa . kedua mempelai berjalan di laluan 'red carpet' dengan memakai baju bertemakan warna KUNING , dah macam perkahwinan diraja aku rasa :) 


ALHAMDULILLAH majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit dugaan yang muncul , aku doakan korang bahgia dan berkekalan hingga ke akhirnye , SELAMAT PENGANTIN BARU ^_^



Monday, 25 February 2013

cinta hatiku

sejak kita berjaya dikeluarkan dari rahim ibu kita dan mengenal kehidupan , sudah pasti setiap dari kita mempunyai orang orang yang disayangi dan rapat dengan kita kan , boleh dikatakan tanpa mereka hidup kita jadi serba tak kena lah , senyuman pon tawar je . nak gelak lagi lah tak mampu .

bagi aku , orang yang paling aku sayang kat dunia nie sudah pasti laa ibu aku yang tercinta , SHARIFAH HASENAH BT ABDULLAH . dia lah sahabat , dia lah teman , dia lah ibu , dia lah tempat bermanja , dia lah tempat mengadu , dia lah pemberi nasihat yang terhebat , dia lah segala galanye bagi ku . Semua tentang aku ade dalam genggaman dia , tak kire laa aku sedih ke , aku gaduh dengan kawan ke , aku bertekak dengan 'boyfriend' ke ( dulu-dulu laa ) , aq minat kat mane mane jejaka ke , semua dia tahu . yang penting mama aku nie tersangat lah 'sporting' .

sejak duduk berjauhan dari keluarga nie , aku nie boleh dikatekan 'homesick' jugak laa , pantang ade cuti je mesti tak sabar sabar nak balik ipoh , kenape ?? sebab nak jumpe mama laa , banyak benda nak bergosip , gosip kat telefon tak seronok , jumpa depan depan baru ade 'feeling' sikit nak cerita :) sekarang jujur aku cakap , aku rindu mak aku sangat sangat walaupun baru je dua hari lepas aku jumpe dia , sobsob :'(

dua insan yang paling penting dalam hidup aku ^_^