Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Friday, 14 June 2013

sahabat

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, terlalu bersyukur kerana aku dapat berdamping dengan sahabat-sahabat yang selalu bersama aku dikala suka & duka. terima kasih sahabat kerana selalu menyokong aku untuk terus istiqamah, hari ini mungkin hari pertama aku keluar, aku taknak keluar dari bilik beberapa hari ini kerana tidak yakin dengan diri sendiri :/ tiada sesiapa yang tahu punca aku jadi begini, biarkan ianya menjadi rahsia aku denganNya. hari ini aku memberanikan diri keluar dengan penampilan baru, yaa ramai yang bertanya dan melihat aku dengan pelik, kerana mereka kenal cara pemakaian aku sebelum ini :( aku hanya mampu tersenyum

sudah berminggu aku memasang niat untuk solat berjemaah di surau seksyen 16,bangi dan berbuka puasa bersama di luar UKM. Alhamdulillah hari ini, niat aku tercapai, terima kasih sahabat. ini antara detik indah aku bersama kalian. semasa solat berjemaah tadi, hatiku terusik, tambahan pula suara merdu si imam yang membuat aku terpukau dengan bacaan-bacaannya, YA ALLAH, kuatkan hambamu ini :/

terima kasih sahabat terutamanya najah kerana menjadi sumber inspirasi & memberi nasihat kepada aku untuk berubah, tegurlah aku jika aku lalai, tegurlah aku jika aku kembali pada asal, dugaan aku akan menjadi semakin hebat kelak, aku tahu itu dan aku sedang berusaha mencari kekuatan :/ 


#perubahan secara perlahan, tidak terlalu drastik, doakan aku :)

tangisanku :/

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

rabu, 12 jun 2013
ade sesuatu yang mengusik jiwa aku 
untuk berubah ke jalanMu 
mengenang kisah-kisah lalu
aku lalai dengan duniawi
ya Allah beri peluang untuk hambamu ini berubah
terima kasih datangkan kepadaku seorang insan 
yang boleh mengubah cara hidupku
terima kasih datangkan kepadaku satu peristiwa 
yang boleh membawaku ke jalanMu
syukur Alhamdulillah
ini mungkin satu petunjuk
buat diriku :)

"Terpedaya pada dunia
pentas ciptaan manusia
terlupa pada segala
mengikut nafsu semata
membiar syaitan beraja
di hati dan juga jiwa
mengejar dunia penuh debu dosa"

ramai yang bertanya...

default picture facebook?
aq hanya menjawab itu sebagai idola aku & 
aku sedang berusaha ke arah itu. 
mungkin selepas bernikah :)

delete semua gambar di facebook?
mungkin itu satu permulaan.

roomate aku, syida dan lain-lain yang rapat dengan aku pun pelik dengan aku, sebab semua ini terlalu tiba-tiba. mereka tidak tahu kisah disebalik semua ini. ya Allah kuatkan hambamu ini :/ sukar sebenarnya menghadapi semua ini, tetapi tangisan malam itu adalah tangisan yang ikhlas untuk kembali kejalanMu :/ doakan aku istiqamah, aku rasakan ianya terlalu berat, 
aku perlukan sokongan :/

mungkin ade kaitan :) istikharah cinta :)

#eykinazmy <3

Tuesday, 11 June 2013

accident :(

10.15 pagi : ekin tengah present microsoft access di bilik sir, roomate hantar mesej kate nak pinjam cardigen, ekin kate ok n tanya dia nak g mane, then dia kate nak g bilik kawan

ekin pon teruskan presentation access, 3 round kot, naseb baek berjalan lancar, ALHAMDULILLAH, selesai saja presentation, ekin melangkah keluar dari bilik sir, telefon ekin berdering, roomate call (dalam otak mesti roomate nak tanye aku nak balik bilik pukul bape, sebab aku jarang melekat dalam bilik sejak akhir-akhir nie, asyek duduk kat fakulti dari pagi sampai tengah malam)

ekin : hello roomate, kenapa?
roomate : menangis tersedu-sedu
ekin : roomate kenapa nie ? jangan buat i risau....
roomate : u datang PK sekarang (suara menangis so tak jelas)
ekin : PK ?? oke i datang sekarang jugak

ekin risau gila time nie, kenapa dengan roomate aku, ape jadi ? berlari terus ke motor, terus bergerak ke Pusat Kesihatan UKM, pergi parking motor, dari jauh nampak satu kereta innova (pegawai syariah ape benda ntah) tengok-tengok roomate keluar dari kereta tu sambil nangis-nangis dengan jalan dengkot nye. then kereta tu terus pergi meninggalkan PK, ekin berlari dekat roomate, tengok kaki dia darah-darah, kuku tercabut, aww sakitnya ! arggghhh comfirm accident nie, rupanye kereta innova tuh yang langgar, kereta tu tak bagi signal time nak masuk lorong dekat stadium UKM.

dah laa hantar tepi jalan PK je, pastu bising-bising kata roomate aku bawak bala kat diorang, melambatkan diorang pergi meeting ! ehhh korang yang salah tao , geramnya ! motor kawan ekin yang bawak roomate ekin habis pecah-pecah kat bahagian depan, tak reti nak ganti pulak tuh :/  dah la tak reti nak tolong time dah langgar, nasib baik ade kereta kat belakang diorang, itu yang datang selamatkan roomate dan kawan aku, geramnya !


sekarang, roomate ekin dah tak nak naek motor lagi :( fobia , kesian dekat dia baru je cadang nak amek lesen motor cuti sem nanti, so segalanya terbatal.
*takpe, sabar ehh roomate, kuatkan diri pergi exam dengan keadaan kaki macam tu, mungkin ade hikmah.