Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday, 12 May 2013

singkat tapi bermakna :)

hai hai, assalamualaikum :) entry ekin kali nie nak cerita pengalaman bersama adek-adek STPM yang sangat awesome ! untuk pengetahuan korang, pada 10 & 11 mei yang lepas, KELAB EKONOMI telah menganjurkan program bersama pelajar-pelajar STPM dari SMK PEKAN BARU, MUAR. adek-adek ini terdiri dari pelajar tingkatan 6 atas :) mereka terdiri daripada 32 orang pelajar dari jurusan ekonomi, kami sebagai penganjur telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik, tips menjawab STPM serta mempromosikan UKM kepada adek-adek tersebut.

untuk program ni, ekin menjadi SETIAUSAHA dan juga FASILITATOR kepada adek adek nie, ekin fasi untuk GROUP 2 bersama dengan ABG ISMAIL FARUQI, kumpulan kami terdiri dari adek-adek yang sporting dan banyak cakap, potpetpotpet macam ekin, so kami semua sangat serasi bersama :) mereka ialah ALIF, EZUT, AZAH, IZAH, AIN & WAHYU ! kami telah menggelar kami KUMPULAN MERAH-MERAH DELIMA, disebabkan banyak diantara kami yang sukakan MERAH termasuklah ekin. mereka semua  memanggil ekin kakak disebabkan ekin tak mengaku ekin 20  tahun, kalau mengaku jangan  harap la diorang nak panggil ekin kakak -_- sebab mereka kata muka & perangai ekin macam budak-budak, huhu.


pada hari pertama bersama mereka, ekin bertugas untuk menguruskan pendaftaran serta penginapan mereka. disebabkan mereka menginap di KOLEJ KERIS MAS dan bersebelahan dengan blok ekin, jadi ekin telah diberi tugas untuk menjaga mereka jika ada kes-kes emergency. tapi Alhamdulillah tiada ape-ape kes yang berlaku. hari pertama bersama mereka, kami hanya mengadakan sesi ice breaking serta LDK. disini kami ingin memupuk semangat berkumpulan, mempertingkat keyakinan diri ketika berhujah, menghormati orang lain. berusaha keras, dan berdisiplin :) sesi ini sangat menghiburkan.


tapi sayangg, pada hari kedua, ekin hanya dapat bersama mereka setengah hari sahaja, disebabkan abang yang tak sabar-sabar nak amek ekin, family dah rindu sangat la tu ^_^ sebelum ekin balik, ekin berucap di hadapan adek-adek untuk mintak maaf & wish GOOD LUCK untuk exam mereka next week, time tu jugak ekin telah membuat satu GROUP di FB untuk kami semua bergosip bersama.  UKM vs PEKAN BARU.


selepas selesai membuat dan add ahli dalam group nie, kami tangkap gambar bersama, selepas tuh semua adek-adek yang perempuan salam, peluk dan laga-laga pipi dengan ekin, haha, so sweet :) sambil-sambil tuh adek-adek yang lain semua nyanyikan lagu yang sedih untuk ekin, sebab tak dapat jumpe mereka dah, sebak plus terharu pulak ekin rase :/ 



pertemuan yang singkat tapi cukup untuk dijadikan kenangan indah bersama, malam terakhir mereka di sini, salah seorang dari mereka telah mesej ekin panjang cgt yang menyatakan mereka dah rindu ekin dan sedih ekin tak join sampai abes, adek adek sori, akak pon rindu adek-adek jugak ! ade jodoh kita jumpa lagi, GOOD LUCK STPM <3





Wednesday, 8 May 2013

no title !

hello, petang ni mood aku lari sikit, aku tak tahu kenapa, suka sangat cani, tetiba je! padahal tadi bergelak ketawa je, bila duduk sesorang terus mood aku lari entah ke planet mane. what theeee ? entah laa tetiba aku teringat kat seseorang, sebab tu aku jadi macam nie kot.

ahhhh, aku susah nak percaya orang, yaa sangat sangat susah, so kalau dengan sesape yang aku nak rapat aku akan cuba selidik sedikit demi sedikit tentang dia secara senyap senyap sebab aku nak tahu sape diri dia sebenar, bukan nak cari keburukan dia atau ape, tapi itulah aku !

aku memang buat benda nie bila memerlukan, stalker orang tu betoi betoi dulu sebelum kami jadi sangat rapat, sebab apa ? sebab aku takut peristiwa lama berulang kembali, aku taknak rapat dengan orang yang memang tak sesuai dengan aku, tak kisah laa background dia ke, perangai dia ke, jiwa dia ke, ape ape je laaa. AKU DAH SERIK ! bercinta bagai nak rak, aleh-aleh putus jugak, sebab ape, sebab tak sehaluan la, mak tak restu la, curang laa, hipokrit depan aku laa, buat jiwa aku kacau tao tak ! sesuatu hubungan itu akan manis seperti gula-gula kapas pada mulanye, tapi selalu akan berakhir dengan rase peria kan. ini realitinya ! jadi mulai saat ini, aku kene lebih berhati-hati untuk rapat dengan sesiapa pon :)

aku pernah tak lalu makan, makan nasi sesuap pon tak mampu, nak buat tu takde mood, buat nie takde mood, asyek nanges je 24 jam, grrrrrrr, bengkak mate aku weyy. taknak dah benda nie berulang ! rasa macam bodoh sangat menanges sebab cinta ! dah laa selalu benda-benda yang mengecewakan jiwa aku nie jadi time time nak exam, saje je kan, nak uji aku kuat tak, yaaa memang aku kuat ! buat-buat kuat ! kawan-kawan selalu nampak aku ni tersenyum, ceria je, HAPPY GO LUCKY sangat, tapi hakikatnya hati aku menangis kalau aku sorang-sorang, banyak sangat kenangan yang aku sedang lupakan, tetapi kekadang muncul sendiri apabila orang-orang yang pernah rapat dengan aku tu cuba untuk pujuk aku balik, memang tak laa ! hati aku keras dalam hal-hal macam nie ! NO MORE !

mak rindu mak ! rindu nak cerita banyak benda kat mak ! mak laa dokter cinta yang terbaik untuk aku ! apa yang mak jangka tentang hubungan aku dengan seseorang selalunya betul :( imissyousomuch mum


Tuesday, 7 May 2013

seharian bersama

 hai hai, assalamualaikum semua ^_^
entry ekin kali ni nak ceritakan seharian ekin keluar bersantai untuk menghilangkan tension assignment dan program-program yang bakal berlangsung tidak lama lagi. kebetulan ada yang mengajak, ekin pulak memang takde plan cuti weekend lepas, jadi on je laa :) seharian bersama ^_^ ke pelbagai destinasi yang belum pernah dijejaki sebelum ini.

PESTA BUKU di PWTC, KL > BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR > CENDOL BAKAR > SUBANG PARADE > UKM

seawal jam 8.30 pagi kami telah keluar ke PWTC untuk pergi menghabiskan baucar buku 1 Malaysia, keluar awal sebab takot KL sesak, tapi sampai je PWTC dalam pukul 9.10 pagi, memang dah ramai pun orang, parking kereta pun dah penuh, ahhhhh tak suke suasana yang crowded macam tu, dah laa memang tak berapa sihat :( setelah menghabiskan semua baucar buku di Gempak starz, Ujang, novel, buku ilmiah dan macam-macam buku lagi. (bukan baucar ekin pon)


seterusnya, kami bertolak ke BUKIT MALAWATI yang terletak di Kuala Selangor, jauh jugak nak pergi sana, dalam sejam lebih jugak laa, kami sampai ketika azan zohor berkumandang, setelah selesai menunaikan solat zohor, kami pon pergi menaiki bukit malawati dengan menaiki keretaapi (yang macam kat zoo) tak tahu name dia ape -_- bayaran masuk untuk dewasa ialah RM5 seorang. tapi kat atas tu cuma ade muzium dan macam tempat-tempat bersejarah je. orang-orang yang suka tentang sejarah, boleh laa datang ke sini, ekin suka sikit-sikit je -_- tapi pemandangan dekat atas bukit tu sangat cantik, boleh nampak laut lagi tao, so romantik ^_^ ade monyet-monyet berkeliaran disini, ramai pengunjung bagi makanan kepada mereka. ekin? grrrr tak berani !


tiket masuk RM 5.00
alang-alang dah sampai Kuala Selangor, kami pun singgah la di Gerai CENDOL BAKAR, yang terletak di  tepi jalan utama sahaja, gerai ni agak terkenal jugak laa dan ramai yang singgah minum dan menjamu selera di sini, pelbagai makanan juga turut dijual, haa jangan pandang remeh tao, gerai ni ade drive thru, ala-ala mcd gitu ! ekin try makan CENDOL VVIP , nyumnyum sedap :) setelah selesai menjamu selera, kami bertolak ke Subang Parade, setelah penat merayau-rayau, kami kembali ke UKM dengan selamatnya. babai :)