Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday, 5 May 2013

malam anugerah mahasiswa & amal

hai hai assalamualaikum :)


tanggal 3 mei 2013 telah berlangsungnya malam anugerah mahasiswa dan amal KOLEJ KERIS MAS yang bertempat di DECTAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA :) atau lebih dikenali sebagai dinner untuk pelajar-pelajar kolej keris mas, dinner ini berlangsung selama dua malam iaitu pada 2 dan 3 mei 2013, pada 2 mei telah berlangsungnya senior night, manakala pada 3 mei berlangsungnya junior night :) it all about ocean, itulah tema dinner tersebut, jadi ramai la yang membirukan suasana :)

junior night ? melibatkan pelajar-pelajar tahun satu dan dua :) yeahhh, ade la jugak senior bersama kami kan, satu meja sepuluh orang, dan kami berhak memilih meja yang kami suka, seperti biasa, ekin akan pilih di posisi belakang, senang sikit nak buat kerja sendiri kan. majlis bermula pada pukul 8.30 malam, ekin bertolak dari kkm dalam pukul 8 malam, naseb baek laa ade kereta sepupu, kalau tak macam kelakar je pakai dress,tapi nak bawak motor pergi dinner, haha





secara keseluruhan, makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja, jika diberi skala, mungkin hanya 5/10 , huhu, tapi yang best, ade ais krim, nyumnyum :) persembahan pula dalam 8/10, banyak persembahan menarik disediakan, ade juga artis jemputan seperti NASH dan kumpulan-kumpulan lain :) 

Wednesday, 1 May 2013

mail merge

hai hai assalamualaikum <3
hari ini jom ulangkaji sikit tentang mail merge, takot dah lupe, dah lame meninggalkan MICROSOFT WORD nie :) so, jom kita belajar step by step.

1. Buat data di MICROSOFT EXCEL


2. Membuat TEMPLATE di Microsoft Word


3. Melakukan proses Mail Merge di Microsoft Word seperti berikut :


4. Proses Mail Merge


5. Finish ! inilah hasil Mail Merge yang diperoleh :)


* diharapkan tutorial yang ringkas ini dapat membantu, babai :)

putrajaya

hai hai assalamualaikum :)
BUKIT BROGA > SUNGAI TEKALA > PUTRAJAYA > PUTRAJAYA again :) 
semua nie dalam satu hari sebenarnye, dari pukul 5 pagi hingga 12 malam barulah tamat perjalanan ekin untuk hari ahad lepas, penat tu memang penat, rasa nak tercabut tulang-tulang nie, ye laa daki bukit kot , tapi kepuasan yang dapat tu lebih penting, enjoy bersama kawan kawan :)

so, entry kali nie nak sambung untuk destinasi yang terakhir iaitu putrajaya. yaa, lepas je lunch dengan budak-budak kelab ekonomi, ekin & tiga orang kawan lagi buat idea gila, nak terus g putrajaya, padahal mata dah tak larat bukak, kaki dah saket saket, tapi tetap semangat nak g putrajaya, tapi dua kereta lagi dah tak mampu nak pergi sebab malam nanti diorang terpaksa ke KL untuk tinjau tempat untuk program kami dua minggu lagi.


akhirnya, kami satu kereta je yang meneruskan perjalanan ke putrajaya (aku, najah, aya, ain) alaa bukan jauh pon, haa seperti yang semua sedia maklum, kalau dah sampai putrajaya, trafic lightnye bukan main laa banyak, jalan kejap, kene benti, jalan kejap, kena benti, asyek asyek lampu merah, grrrrr, tension betul ! oleh itu, untuk menghilangkan rasa tension nie, kami pon buat kerja gila, tiap kali lampu merah, kami tangkap gambar dalam kereta, sewel sangat orang-orang kereta sebelah tengok ! haha. sampai je MASJID PUTRA, kami diberi hood untuk dipakai (sebab baju kami pendek) kami menunaikan kewajiban dahulu sebelum berjalan-jalan di putrajaya, pukul 4 petang kami pulang ke UKM, ekin drive, yang laen dah lena dalam kereta, ohhh kejam korang ! haha sampai je UKM ekin terus pengsan diatas katil, penat sangat weyy.


pada sebelah malam pula, ekin pergi lagi sekali ke putrajaya, tapi pergi ALAMANDA untuk dinner :) malam nie, ekin makan kek SECRET RECIPE, nyumnyum ade orang belanja, thankyousoomuch :) lepas kenyang makan kami pusing-pusing di sekitar PUTRAJAYA dan mencari jalan untuk ke masjid besi, sebab pada sebelah petang tadi ekin blur, tak tahu cane nak pergi masjid besi tu, hehe, suatu hari nanti ekin teringin nak menunaikan solat di MASJID BESI, inshaALLAH :)