Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Sunday, 28 April 2013

broga ! berjaya ku tawan

hai hai assalamualaikum ^_^
3 hari yang memenatkan , jumaat dari tgahari smpai malam berada di KL (shoping time) , sabtu busy dengan majlis makan malam FEP smpai lewat malam , ahad pukul 5 pagi terpaksa berkumpul di FEP untuk bertolak ke BROGA bersama rakan-rakan tercinta :) budak kelab ekonomi ^_^

majlis makan malam FEP ^_^
kami bertolak agak lewat, lebih kurang pukul 5.45 pagi dengan menaiki tiga buah kereta, perjalanan mengambil masa dalam setengah jam untuk sampai di BUKIT BROGA yang terletak di semenyih dari UKM. untuk memasuki kawasan parking kereta disitu , kami dikehendaki membayar RM 2 , maka bermula lah ekspedisi kami untuk menawan BUKIT BROGA :)


mula-mula macam seram jugak, parking di kawasan kelapa sawit, gelap gelita, kami hanya ditemani 3 lampu suluh, awal awal lagi, senior kelab kami hampir terjatuh disebabkan jalan yang agak licin, dan tidak berani meneruskan perjalanan, tapi ianya tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan, ternyata terdapat banyak kawasan yang curam untuk sampai ke puncak, walaupun banyak cabaran yang dihadapi, seperti tertinggal air, tak buat warm up, kaki krem, muntah, hampir terjatuh, gayat dengan ketinggian, kami tetap berjaya sampai di kemuncak BROGA dengan selamat, tapi agak menyeramkan bagi aku yang sangat takut dengan ketinggian untuk turun dari kemuncak yang curam tu, mujurlah ada kawan-kawan yang sentiasa memimpin tangan aku :) 





Tuesday, 23 April 2013

air oh air

hai hai assalamualaikum
hari yang membahgiakan :) bangun subuh tadi untuk melaksanakan kewajiban kepada Agama dengan senyuman yang sangat sangat lebar ( sampai ke telinga tao ) kenapa kenapa ?? haa untuk pengetahuan korang, bekalan air dah kembali di KOLEJ KERIS MAS, UKM. setelah 4 hari kitorang tak mempunyai bekalan air ! seksa wey seksa ! cuba laa bayangkan kalau kes emergency ( faham-faham sendiri laa ) tapi takde air, tak ke seksa nak tahan, arghhhhh itu laa yang terjadi kat aku :( dah laa sabtu ahad lepas ade exam midterm , pastu takde air, faham-faham sendiri laa pergi exam dalam keadaan mandi kerbau je laa . arggghhhhh pengalaman yang aku tak suka, tak fresh otak aku nak jawab exam :( tapi ALHAMDULILLAH aku rasa aku mampu jawab, betul ke tak, entah ! hahaha

aku bersyukur sangat sepupu aku baru bekerja kat NIOSH, dekat dekat dengan UKM laa, so dia sewa pangsapuri baru dibina dekat belakang KTM UKM tu, haa namenye VILLA TROPIKA. so aku pon amek kesempatan tidur atau pergi mandi kat rumah dia :) cantik la jugak pangsapuri tu, ye laa baru siap kan, rumah pun banyak kosong lagi, sangat-sangat sunyi tambah kalau aku datang waktu malam. so, takde laa rasa darurat sangat nak pergi amek air dalam baldi pastu nak angkut pergi mandi, berat weyyy, tercabut tangan aku :P



 tapi nak pergi rumah sepupu tu take time jugak laa, naseb baek dah ade motor. merempit je laaaa. kat pangsapuri tu ade guard jage kat pagar, so kena berhenti bagi tahu nak masuk dulu, rumah dia tingkat 6 pulak tu, naseb baek ade lift yang tak berapa nak siap lagi, memang memerlukan pengorbanan nak pergi MANDI ! kesimpulannya, sekarang aku sangat bersyukur sebab AIR dah kembali ! rindu bunyi air keluar dari SHOWER kkm <3

motor aku yang aku guna untuk kesana kesini :)


petua nak cepat tidur

hai hai assalamualaikum -_-
jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi ! tapi mata ekin tak reti nak tutup lagi, hmm selalu sangat macam nie, susah sangat-sangat nak tidur malam, kenapa kenapa? pastu mula la esok dalam kelas asyik menguap lahh, terlelap kejap lah, wahhh stress macam nie :(

jadi, ekin pon mula lah mencari langkah-langkah untuk memastikan mata nie tertutup dengan lebih awal supaya pada keesokkan hari mata nie boleh terbeliak dalam kelas, ngee -_- antara langkah yang mungkin ekin atau kawan-kawan boleh praktikan ialah :

1. LOGOUT AKAUN FACEBOOK.
 lagi tengah malam lagi ramai yang online, lagi ramai online lagi ramai yang hantar chat, lagi ramai hantar chat, lagi tak tidur-tidur laa kita. 
2. TUTUP LAPTOP, SIMPAN DALAM ALMARI. 
kalau letak dekat-dekat katil, ade tangan gatal on laptop balik.
3. BACA NOTA KULIAH ATAU BUKU ILMIAH. 
baca nota yang banyak fakta yang merepek-repek, comfirm cepat mengantuk.
4. OFF HANDPHONE atau SILENT. 
tengah-tengah malam laa mesej nak banyak masuk pon.
5. BARING ATAS KATIL, TUTUP SEMUA LAMPU. 
gelap gelita comfirm cepat tidur
6. JANGAN DENGAR LAGU.
 kalau dengar lagu yang mendayu-dayu takpa, dengar lagu rock kank, lagi segar mata tu.
7. KOSONGKAN FIKIRAN
lupakan segala masalah buat seketika :)

selamat malam, baca doa sebelum tidur tao ^_^