Genuinely Happy Monkey

Soko - Take My Heart

Powered by mp3skull.com

Tuesday, 23 April 2013

majlis makan malam FEP

hai hai , assalamualaikum :)
rasa macam dah lame sangat tak update blog disebabkan terlampau sibuk dengan assignment, midterm exam dan meeting event-event yang semakin hampir. semakin hampir event semakin menimbun la kerja nak kene buat. kadang-kadang stress jugak, tapi takpe ini semua pengalaman. pengalaman ini semua sangat sangat berharga :)

untuk makluman, event yang terdekat bagi fakulti ekonomi & pengurusan UKM ialah MAJLIS MAKAN MALAM FEP yang bertempat di BANGI GOLF RESORT pada 27 April 2013. ekin pon tak penah pergi tempat ni lagi, esok baru nak melawat kawasan, tapi dah google-google laa, cantik tao ^_^


untuk event nie, ekin terlibat sebagai UNIT PENDAFTARAN bersama empat orang rakan lain. MAJLIS MAKAN MALAM ini dianjurkan oleh PMFEP dibantu kelab-kelab lain seperti KELAB EKONOMI :) setiap minggu ade meeting weyy. unit pendaftaran ? dengar macam mudah je kerja kami kan, tapi sebenarnye rumit tao ! antara kerja-kerja yang kami perlu lakukan :

1. membuat surat jemputan untuk pelajar, pensyarah, staf dan alumni
2. menghantar email jemputan
3. mengesahkan kehadiran peserta
4. menyediakan cabutan bertuah 
5. membuka kaunter pendaftaran
6. menguruskan sesi bergambar yang melibatkan bayaran
7. mengutip bayaran peserta

dan banyak lagi kerja sampingan, tapi bersyukur sangat ekin bekerjasama dengan manusia-manusia yang sangat memberi komitmen dan kerjasama yang baik :) semoga MAJLIS MAKAN MALAM ini berjalan lancar seperti yang dirancang sejak awal semester lagi, amin :)



Monday, 15 April 2013

tidur gelap gelap -_-

hai hai ASSALAMUALAIKUM ^_^
hari ini entry ekin nak bercakap tentang TIDUR, atau lebih detail lagi ialah kenapa perlu tidur dalam keadaan yang gelap dan risiko-risiko jika kita tidur dalam keadaan lampu terpasang :) aikss tiba-tiba je cakap pasal tidurkan, sebenarnya semalam ada rakan facebook ekin telah mengupdate status yang berbunyi begini .....


haa, macam tu la ayat status facebook dia, jadi ekin pon tetiba datang idea untuk menulis entry kali ini mengenail tidur, terima kasih lah awak sebab menjadi pencetus idea ekin, dah takde idea sangat dah nie nak tulis apa, hahaha :D

Berdasarkan artikel-artikel yang ekin baca sebelum ini, memang tidak elok untuk tidur dalam keadaan lampu terpasang. Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang berbunyi begini "Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim).

Sesiapa yang tidur dalam keadaan lampu yang menyala berisiko untuk menghidap penyakit leukemia. Ini berdasarkan artikel yang pernah ekin baca sebelum ini. Hal ini kerana, para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana yang gelap untuk menghasilkan bahan kimia untuk melawan kanser. Ketika menyalakan lampu seperti lampu tidur akan menyebabkan penghasilan bahan melatonin terhenti. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap yang dapat menghasilkan melatonin. Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah DNA dan ketiadaan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya. Melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi atau mencegah penyakit seperti kanser payudara atau prostat. 

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.



kesimpulannya, tidur gelap-gelap tao -_-

Friday, 5 April 2013

happy holiday ^_^

assalamualaikum ^_^
5 April 2013 ?? yesss ini bermakna esok dah mula cuti midterm bagi mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia, HOORAYYYYY ! masa untuk menenangkan jiwa, menghilangkan stress, pagi petang siang malam bersama keluarga tercinta dan jauh dari kehidupan seorang pelajar akan bermula :D betul ke ?? tapi seminggu je laa. pejam celik pejam celik, sekejap je seminggu tu nanti, percayalah :'(

cuti midterm ?? hmmm name je cuti, tapi buku dan assignment tetap kene bawak balik ipoh la, terlalu banyak, aihhhh :'( tambahan pula, habis je cuti nanti terus ade peperiksaan midterm, ohh god ! harap cuti nie aku mampu nak bukak buku walaupun rasa berat sangat mata nie nak bace buku-buku ilmiah nanti. (kalau majalah tu laju je) 


haa, kalau anda semua nak tahu, nie tiket ETS dari KL Sentral ke Ipoh untuk dua orang :) dua orang?siapakah lagi sorang? jengjeng ^-^ waaa tak sabar nak balek, 'IPOH AKU DATANG' :D tiket nie dah beli dua hari lebih awal dari tarikh nak balek, nak tahu kenapa?? beberapa minggu lepas, ekin nak balek ipoh naek ETS laa, nak beli tiket on the spot je, tapi nasib ekin malang sangat waktu tuh, terpaksa tunggu di KL Sentral selama 6 jam disebabkan tiket ETS ke Ipoh dah habis, ohhh God ! dah laa sorang-sorang, mula laa air mata laju je nak keluar. sejak tu dah rasa serik dan taknak beli on the spot lagi, tak nak sejarah lalu berulang kembali. akhir sekali, selamat bercuti semua, tahu ramai dah ade kat rumah tercinta sekarang, ekin je tak balek-balek lagi :( gunakan cuti ini sebaik mungkin bersama insan tersayangggg <3 babai